Jepun Sasar Pasaran Halal, Pertimbang Malaysia Jadi Pangkalan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Ogos 2014 12:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat makanan dan minuman Jepun yang agresif membangunkan industri halal mereka mempertimbangkan untuk mewujudkan pusat halal di Malaysia.

Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) berkata Malaysia telah menunjukkan kemajuan yang baik dalam industri halal dan syarikat Jepun berminat untuk mewujudkan dan meluaskan pasaran mereka melalui Malaysia.

Beberapa syarikat makanan dan minuman utama telah mewujudkan operasi mereka di Malaysia dengan kebanyakan destinasi akhir eksport makanan ialah Timur Tengah dan Jepun.

"Syarikat seperti Ajinomoto, Asahi Beverage, Kewpie dan Umakane merupakan antara syarikat yang ada di sini," kata Pengarah Urusan Jetro Joji Ikeshita dalam temu bual dengan Bernama.

Beliau berkata syarikat-syarikat Jepun bukan sahaja berminat dalam makanan dan minuman halal tetapi juga aktif membeli logistik, pelancongan, kosmetik dan syarikat kewangan halal.

Ikeshita berkata Jepun akan menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik 2020 yang akan menerima 20 juta pengunjung termasuk penonton dan atlet Islam.

Ini akan mendorong negara untuk menjadi lebih mesra Muslim.

"Syarikat-syarikat Jepun akan datang ke Malaysia untuk mempelajari mengenai industri halal dan mencari rakan kongsi. Ia merupakan situasi menang-menang. Syarikat Jepun mempunyai kualiti dan rekod perniagaan yang baik manakala Malaysia mempunyai pengetahuan dan kepakaran," katanya.

Selain industri halal, Ikeshita berkata industri automobil Malaysia berkembang dengan pesat.

Sektor perkhidmatan berkaitan pembuatan terutamanya industri automobil serta elektrik dan elektronik turut berkembang dengan baik, katanya.

Ikeshita berkata, dengan status kehidupan rakyat Malaysia dan kuasa membeli yang meningkat, terdapat lebih permintaan dalam bidang seperti hiburan, pendidikan dan perkhidmatan penjagaan.

Permintaan turut meningkat bagi perkhidmatan penjagaan berikutan jangka hayat rakyat Malaysia telah meningkat.

Program "Malaysia Rumah Kedua Ku" turut menarik pesara Jepun dan ketika ini terdapat lebih 1,000 orang di bawah program itu dan terdapat ramai lagi yang memohon untuk menyertai program tersebut.

Ikeshita berkata syarikat-syarikat Jepun di Malaysia berharap kerajaan meluaskan pasarannya melalui perjanjian perdagangan kerana kebanyakan syarikat Jepun di Malaysia mengeksport produk mereka.

"Perdagangan antara Malaysia dan Jepun kini bukan lagi mengenai perniagaan dengan perniagaan tetapi perniagaan dengan pelanggan," katanya.


Tags / Kata Kunci: Jepun , Halal

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan