Prasarana Negara Ditukar Kepada Prasarana Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 4:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan Syarikat Prasarana Negara Bhd untuk menukar namanya kepada Prasarana Malaysia Bhd telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Bagaimanapun akronimnya kekal tidak berubah sebagai "Prasarana".

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Shahril Mokhtar dalam satu kenyataan hari ini berkata syarikat itu mengikut arus perubahan dan masa.

Nama lama, Syarikat Prasarana Negara, katanya, sekarang tidak sesuai, terutamanya ketika syarikat itu mula mengorak langkah menjadi peserta antarabangsa.

"Prasarana Malaysia bukan sahaja dikaitkan serta merta dengan Malaysia, tetapi juga mencerminkan imej yang lebih dinamik dan berani.

"Kita perlu mengambil kira bahawa organisasi ini ditubuhkan sejak 1998 lagi. Malahan peranan dan aspirasinya telah berubah mengikut masa," kata Shahril.

Prasarana yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan pada 1998 dan memulakan operasi secara rasmi pada 2002, dibentuk bagi memudahkan, melaksanakan dan mempercepatkan projek pengangkutan prasarana awam. 


Tags / Kata Kunci: Prasarana

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan