AirAsia Ingin Kembali Ke Eropah

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 4:38 PM

(Ubah saiz teks)

FARNBOROUGH (London): AirAsia berharap untuk kembali semula ke Eropah dan mengembangkan operasinya di rantau itu susulan tempahan sebanyak 50 pesawat A330-900neo.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata pesawat A330neo itu akan membolehkan syarikat penerbangan tambang rendah tersebut memasuki semula London dan juga mengembangkan operasinya ke negara Eropah lain.

"Saya suka untuk terbang kembali ke London dan dengan A330neo kemungkinannya adalah besar," katanya kepada pemberita selepas majlis permeterian dengan Airbus bagi tempahan 50 pesawat A330neo, di sini, Rabu.

AirAsia, menerusi AirAsia X, sebelum ini terbang ke Paris dan London, menawarkan penerbangan sambungan daripada laluannya di Australia, tetapi menamatkan laluan-laluan ini pada 2012.

Fernandes berkata pesawat A330neo memberikan penjimatan bahan api yang lebih baik dan akan menjadikan AirAsia X lebih kukuh, mengembangkan laluan menerusi habnya di Bangalore ke Eropah dan Afrika, serta, menghubungkan Jepun ke Amerika Selatan.

Beliau berkata AirAsia akan mempercepatkan pertumbuhan di India dengan menambah lebih banyak pesawat untuk menampung permintaan di laluan baharu itu sebaik sahaja perbincangan dengan kerajaan India dimuktamadkan.

Menurutnya, AirAsia akan menumpukan kepada Indonesia, Thailand, Filipina dan India Selatan bagi pertumbuhan seterusnya dan memulakan laluan baharu dari destinasi baharu seperti Pulau Pinang-Chennai dan Kota Baharu-Bandung.

Bagi AirAsia X, Fernandes berkata tumpuan pertumbuhan ialah kepada China, Jepun, Korea Selatan, Australia, Timur Tengah dan India, manakala A330neo akan menghubungkan lebih banyak laluan daripada habnya ke seluruh dunia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani berkata strategi teras syarikat penerbangan tersebut adalah untuk menghubungkan Asia Tenggara dan menjadi syarikat penerbangan terbesar yang menawarkan perkhidmatan penerbangan dari Malaysia ke China, Taiwan, Korea Selatan, Jepun dan Australia.

Beliau berkata AirAsia X berharap pelaburannya di Indonesia akan bermula pada akhir tahun ini dan beroperasi sepenuhnya tahun depan. 


Tags / Kata Kunci: AirAsia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan