667 Kariah Masjid Tubuh Koperasi - Angkasa

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 667 koperasi kariah masjid di seluruh negara telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) setakat ini.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata jumlah penubuhan koperasi kariah masjid didapati meningkat dari tahun ke tahun ekoran kesedaran untuk membangunkan ekonomi dalam kalangan anggota kariah masjid.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 450 permohonan penubuhan koperasi berkenaan telah diluluskan dalam tempoh enam bulan tahun ini.

"Peningkatan ini menunjukkan sokongan dan kerjasama ahli kariah masjid dalam penubuhan koperasi ini ke arah ekonomi yang lebih pesat selain dari aktiviti mengimarahkan masjid," katanya.

Beliau berkata Angkasa menyasarkan penubuhan sebanyak 1,000 buah koperasi kariah masjid sehingga hujung tahun ini dan yakin ia dapat dicapai ekoran sambutan yang menggalakkan.

Sementara itu, Abdul Fattah berkata Angkasa bercadang membeli saham daripada rangkaian pasar raya bagi mengembangkan sayap perniagaannya.

Katanya, bagaimanapun perkara itu masih diperingkat perancangan awal dan kajian mengenainya sedang dijalankan.

"Setakat ini, Angkasa sedang giat meningkat dan membangunkan perniagaan peruncitan dan pusat dialisis," katanya.

Terdahulu itu, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan Angkasa diketuai Naib Presidennya Datuk Kamarudin Ismail menyampaikan sumbangan 300 kotak kurma sempena Ramadan kepada petugas Bernama di sini.


Tags / Kata Kunci: Angkasa , Koperasi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan