Tajikstan Tawar Peluang Kepada Firma Malaysia - CAG

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 4:45 PM

Bandaraya Tajikstan yang semakin pesat menawarkan pelbagai peluang perniagaan untuk firma Malaysia.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Perunding perniagaan, Cottage Alliance Group (CAG), menyediakan platform bagi firma Malaysia memanfaatkan peluang ekonomi dan perniagaan yang semakin meningkat di Asia Tengah, terutama di Tajikstan.


CAG menyediakan perkhidmatan pengurusan projek, peluang pembangunan perniagaan dan perundingan dan telah berjaya menghubungkan syarikat dari Asia Tenggara dengan Asia Tengah sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Pengarah Cottage Alliance Sdn Bhd, Tan Lin Chung berkata, CAG percaya lawatan rasmi Presiden Tajikistan, Emomali Rahmon, ke Malaysia akan membuka lebih banyak peluang dan perkongsian perniagaan.

Beliau memberitahu Bernama syarikat Malaysia harus meneroka peluang yang luas di Tajikstan, malah telah banyak syarikat ini lakukan pada peringkat permulaan dengan panduan yang diberikan Duta Malaysia di rantau itu, Abdul Aziz Harun.

Tan berkata, CAG mempunyai keupayaan untuk mengetuai syarikat Malaysia memanfaatkan potensi dalam pelbagai industri, dari kewangan hinggalah kepada tenaga, pembangunan prasarana dan harta, perlombongan, pembinaan dan penjagaan kesihatan berasaskan hubungan kukuh dengan institusi kerajaan peringkat tinggi di Tajikistan.

"Ini diterajui oleh rakan kongsi kami di Tajikistan, Jeneral Sukhrob Kasimov dan Sherali Davlatov.

"CAG berjaya mendapatkan projek loji kuasa pengupayaan arang batu 300 megawatt di Tajikistan pada 2012 dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara HOS International Trading Sdn Bhd dan Kementerian Tenaga dan Industri," katanya.

Berikutan itu, MoU kedua telah ditandatangani dengan Jawatankuasa Pelaburan Negeri kerajaan Tajikistan untuk melaksanakan pembinaan loji di wilayah Shurab, Tajikistan, katanya.

Beliau berkata, ini telah diperkukuhkan pada 25 Oktober, 2013 dengan pemeteraian perjanjian konsesi antara kerajaan Tajikistan dan HOS International Trading Sdn Bhd untuk melaksanakan projek itu.

Upacara menandatangani perjanjian itu diadakan di Dushanbe, Tajikistan antara Davlatali Saidov, Timbalan Perdana Menteri Pertama Tajikistan, dan Datuk Subramanian Retnavelu, Pengarah HOS International Trading Sdn Bhd.

Tan berkata, perjanjian itu merupakan satu langkah teguh ke hadapan oleh kerajaan Tajikistan dan sebuah syarikat Malaysia untuk membina loji itu, yang akan menjana tenaga elektrik bagi grid utara bagi pengguna domestik dan eksport dengan menghubungkan Asia tengah dengan Asia Selatan melalui Projek Perdagangan Tenaga (CASA-1000) Bank Dunia.

Selain itu, kata Tan, baru-baru ini CAG juga telah memuktamadkan semua formaliti mengenai pembukaan restoran pertama Malaysia di Tajikistan dengan kerjasama dan sokongan daripada Export-Import Bank of Malaysia.

"Inisiatif perniagaan unik ini menjadi kenyataan disebabkan oleh kerjasama profesional yang berjaya antara Chef Eksekutif Malaysia, Mozart Muhammad dari Persatuan Chef Malaysia (anggota Pertubuhan Persatuan Chef Dunia) dan rakan kongsi dari Tajikistan," katanya.

Kakitangan restoran akan terdiri daripada tukang masak profesional dari Malaysia di bawah pengurusan Chef Malaysia yang berpengalaman luas dan menguasai pelbagai kemahiran masakan dan pengurusan perusahaan restoran. 

Tags / Kata Kunci: CAG , Asia Tengah , Tajikstan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan