suria

DHL Express Peruntuk Perbelanjaan Modal RM16 Juta Tahun Ini

KUALA LUMPUR: DHL Express, penyedia perkhidmatan mel ekspres antarabangsa memperuntukkan RM16 juta dalam perbelanjaan modal tahun ini untuk menaik taraf kemudahannya di Malaysia dan menambah lima tempat jualan baharu dan jumlah kenderaan.


Pengarah Urusannya bagi Malaysia dan Brunei, Christopher Ong berkata, syarikat itu akan terus melabur dalam operasinya di Malaysia kerana negara ini merupakan 10 penyumbang hasil utama kepada operasinya di Asia Pasifik.

Beliau berkata, penaikan taraf kemudahan itu merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat bagi menampung permintaan logistik yang semakin meningkat di Malaysia.

"Kami juga merancang menambah jumlah kenderaan kami. Bagaimanapun, kami masih belum memuktamadkan bilangannya.

"Mengenai rancangan pengembangan, kami akan mengembangkan rangkaian kami di negara ini dengan menambah lima tempat jualan baharu di wilayah tengah, menambah kepada 87 yang sedia ada," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan perniagaan DHL Express, di sini, Rabu.

DHL Express, Christopher Ong

Artikel Lain