Sarawak Cable Bayar Dividen 1.5 Sen

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 4:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sarawak Cable Bhd meluluskan dividen tier tunggal pertama dan akhir sebanyak 1.5 sen bagi setiap saham biasa bagi tahun kewangan 2013 berbanding 2.5 sen pada 2012.

Berdasarkan modal saham diperbesarkan berjumlah 279,450,000 saham biasa bernilai RM0.50 setiap satu, keseluruhan pembayaran dividen syarikat itu bagi tahun kewangan 2013 berjumlah RM4.2 juta, meskipun syarikat itu mencatatkan keuntungan yang lebih rendah bagi tahun kewangan yang sama, kata Pengerusinya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib.

"Mesyuarat agung tahunan (AGM) pemegang saham hari ini (Isnin) telah dengan sebulat suara meluluskan bahawa dividen itu akan dibayar pada 4 Julai, 2014," katanya dalam satu wawancara dengan Bernama selepas AGM ke-16 syarikat itu pada Isnin.

Mahmud berkata syarikat itu mencatatkan penyusutan pendapatan sebanyak 22 peratus daripada RM268.6 juta pada 2012 kepada RM208.7 juta bagi tahun kewangan dalam kajian.

Keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemegang saham susut daripada RM5.9 juta pada 2012 kepada RM1.0 juta pada 2013.

Beliau berkata berdasarkan modal saham diperbesarkan melalui terbitan hak dan bonus dalam tahun in, nilai aset bersih sesaham syarikat itu susut daripada 97 sen sesaham pada tahun 2012 kepada 80 sen sesaham pada 2013.

"Bagaimanapun, dana pemegang saham syarikat itu meningkat daripada RM151.2 juta pada 2012 kepada RM223.6 juta pada 2013.

"Modal saham diperbesarkan syarikat ini akan membolehkan kumpulan beroperasi dengan lebih agresif untuk meneroka dan mengambil bahagian dalam platform yang lebih luas," katanya.

Mahmud berkata syarikat itu komited untuk memberi ganjaran kepada pemegang saham kerana sokongan mereka yang berterusan melalui dasar dividen yang konsisten.

"Syarikat ini sedang berusaha keras untuk meluaskan asas perniagaan dengan menceburi bidang pembinaan, penyenggaraan dan perkhidmatan talian kuasa untuk meningkatkan pendapatan dan keuntungan," tegasnya.

Mahmud berkata 2013 merupakan tahun yang amat mencabar bagi kegiatan perniagaan dan korporat kumpulan itu selepas syarikat itu disenaraikan kira-kira empat tahun lepas.

Beliau berkata terbitan hak dan bonus masing-masing selesai dilaksanakan pada Julai 2013 dan September 2013.

Dalam tahun itu, kata beliau, syarikat itu menambah kepentingan ekuitinya daripada 65 peratus kepada 78 peratus dalam PT Inpola Mitra Elektrindo, sebuah syarikat yang terbabit dalam pembinaan sebuah loji kuasa mini hidro di Indonesia.

"Penambahan kepentingan ekuiti ini akan mengukuhkan lagi pengurusan dan penguasaan operasi anak syarikat di luar negara," kata beliau.

Tentang prospek, kata Mahmud, tiga segmen perniagaan utama iaitu pembuatan kabel dan pengalir kuasa, produk fabrikasi keluli dan kontrak akan terus kekal sebagai perniagaan teras kumpulan.

Beliau berkata segmen kabel dan pengalir kuasa boleh menjana pendapatan dan keuntungan yang sangat konsisten, dengan disokong oleh asas pelanggan yang luas di Sarawak dan Sabah, manakala pembuatan produk keluli juga memberikan hasil positif daripada kerja-kerja berkaitan projek.

"Keseluruhannya, segmen pembuatan telah menjana kira-kira 50 peratus daripada pendapatan kumpulan manakala 50 peratus adalah daripada segmen kontrak.

"Segmen pembuatan dan kontrak masing-masing menyumbang 92 peratus dan lapan peratus kepada keuntungan kumpulan bagi tahun dalam kajian," kata beliau.

Katanya, peningkatan ketara nilai kontrak perolehan kumpulan itu kepada RM756 juta setakat 31 Mac, 2014 dijangka menjana pendapatan dan keuntungan yang kukuh dalam tahun-tahun kewangan 2014 dan 2015.

Mahmud berkata kumpulan itu juga terus membida bagi projek-projek di dalam dan luar negara untuk menyokong objektif strategik kumpulan itu untuk mencapai pertumbuhan dan meningkatkan nilai pemegang saham.

Dengan pelaksanaan talian pemancaran tulang belakang 500kv di Sarawak, Mahmud menjangka kumpulan itu akan mencatatkan keputusan yang agak baik dalam tahun-tahun akan datang. 


Tags / Kata Kunci: Sarawak Cable

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan