AirAsia X Yakin Prestasi Kewangan Lebih Baik Pada Separuh Kedua

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 3:09 PM

Azran Osman Rani

(Ubah saiz teks)

SEPANG: AirAsia X Bhd yakin mencatat keputusan kewangan yang lebih baik pada separuh kedua tahun ini dengan kapasiti tambahan dijangka memberi pulangan yang baik, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Azran Osman Rani.

Beliau berkata, dengan andaian semua faktor luaran kekal stabil, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu yakin keputusan suku ketiga dan keempat positif.

"Setiap kali anda berkembang, anda perlukan masa untuk melihat kapasiti menjadi matang, dengan jualan ke hadapan dilihat positif pada suku ketiga dan keempat berikutan kapasiti tambahan yang dilaksanakan tahun lepas kini sudah membuahkan hasil," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan AirAsia X di sini, Khamis.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2013, AirAsia X mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM212.98 juta hasil daripada perolehan sebanyak RM2.3 bilion.

Azran berkata, pembesaran itu perlu untuk jangka panjang.

"AirAsia X mahu menjadi peneraju seperti yang berlaku pada AirAsia pada 2007/2008 apabila ia mengembang dan AirAsia membuat keuntungan pada 2009 hingga 2013.

"Anda perlu mempunyai kelebihan itu, dan atas sebab itu kami perlu meningkatkan pertumbuhan pada 2013 dan 2014," katanya.

Mengenai pasaran baharu, beliau berkata Indonesia menawarkan peluang besar kepada syarikat itu.

AirAsia X sudah memohon lesen akhir pensijilan operator udara untuk beroperasi, dan berharap memperolehnya menjelang akhir tahun.



Tags / Kata Kunci: AirAsia X Bhd , Azran Osman Rani

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan