AirAsia X Sedia RM2.1 Bilion Beli 7 Pesawat Airbus

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd akan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM2.1 bilion pada 2014 sebagai perbelanjaan modal untuk membeli tujuh pesawat Airbus A330-300 baharu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azran Osman Rani.

Beliau memberi tahu Bernama setakat ini, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu telah menerima tiga pesawat, manakala selebihnya akan diserahkan secara berperingkat pada akhir tahun.

Syarikat penerbangan itu menerima sebuah Airbus A330-300 bagi pajakan kewangan dan dua A330-300s bagi pajakan operasi dalam suku pertama tahun ini.

"Kami yakin dapat menjelaskan semua tempahan yang telah kami buat. Setiap pesawat akan menelan kos lebih daripada RM300 juta dan pembiayaan adalah menerusi pelbagai kaedah," katanya.

Diminta mengulas lebih lanjut mengenai pembiayaan itu, Azran berkata ia adalah menerusi pembiayaan hutang dan pajakan operasi, bagi mengekalkan aliran tunai AirAsia X.

"Kami menyasar menjadi neutral bersih atau positif tunai bersih, meskipun beberapa tekanan pendapatan jangka pendek. "Ini adalah bagi memastikan aliran tunai kami pada akhir tahun sama seperti pada permulaan tahun," katanya.

Syarikat itu mencatatkan aliran tunai operasi positif sebanyak RM131.6 juta dalam suku pertama 2014.

Ketika ini, AirAsia X beroperasi menggunakan 16 pesawat A330-300.

Pada 31 Mac, 2014, sejumlah 13 pesawat berada di bawah pajakan operasi.

Perbelanjaan pajakan operasi meningkat 58.6 peratus tahun ke tahun kepada RM59.9 juta daripada RM37.8 juta semasa tempoh yang sama tahun lepas.

Azran berkata, AirAsia X akan mengimbangi antara pertumbuhan agresif dan tekanan jangka pendek bagi mencapai kedudukan kewangan kukuh pada suku keempat tahun ini.

"Ia kerana semua kapasiti yang kami tambah akan diserap dengan hasil mencecah titik pulang modal untuk mencapai keuntungan positif," katanya.

AirAsia X mencatatkan pertumbuhan suku tahunan tahun ke tahun tertinggi dalam kapasiti kerusi tersedia bagi setiap kilometer pada 60.1 peratus kepada 6.2 bilion dalam suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2014. 


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan