Centennial Woods Tingkatkan Pasaran Asia Pasifik

Diterbitkan: Rabu, 16 April 2014 12:37 PM

Produk kayu yang semakin mendapat permintaan ramai

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Centennial Woods, LLC mengumumkan pembukaan pejabat cawangan antarabangsa yang pertama, di Singapura untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran di Asia Pasifik.

Pengurus Akaun tcartwright Centennial Woods, Asia David Chong dilantik sebagai ejen untuk mengendalikan pejabat berkenaan bagi mewakili Centennial Woods.

"Berikutan peningkatan minat dan jualan bagi produk kami di pasaran Asia, langkah ini dilihat sebagai terbaik untuk memudahkan pertumbuhan perniagaan di peringkat antarabangsa dan memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan kami di pasaran ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Ed Spal.

Ditubuhkan pada 1999, Centennial Woods mempunyai sumber produk kayu yang dikitar semula dan dipulih guna dan mendapat Perakuan FSC dengan dimensi dan ciri-ciri konsisten dan pada masa sama bebas daripada sebarang bahan kimia atau kemasan berbahaya.

Produk Centennial Woods secara semulajadi mempunyai gaya kedesaan dan luluhhawa tetapi ia juga boleh dibeli sebahagian atau sepenuhnya dikisar dan siap.

Produk lengkap terdiri daripada tepi panel, lantai, siling, bingkai dinding, dan pangkas.

Ramai pelanggan juga menggunakan kayu keluaran syarikat ini untuk pembuatan perabot, pintu, pemangkasan, kabinet, bingkai gambar, dan penggunaan khusus yang lain. 

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan