Ejen Takaful Ikhlas Guna Peranti Mudah Alih Untuk Bayaran Transaksi

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 7:11 PM

Ab Latiff Abu Bakar

Ab Latiff Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas Sdn Bhd akan menyediakan kemudahan peranti 'Plug n Pay' oleh CIMB Bank kepada ejen Takaful Ikhlas dalam usaha memudahkan urusan pembayaran dengan pelanggannya.

'Plug n Pay' adalah perniagaan mudah alih atau penyelesaian jualan berasaskan cip yang menawarkan cara berpatutan, tetapi terjamin untuk perniagaan pelbagai saiz bagi menguruskan pembayaran elektronik menggunakan telefon pintar atau tablet.

Ejen Takaful Ikhlas hanya perlu memasukkan pembaca kad 'Plug n Pay' ke dalam peranti mudah alih mereka dan ia bersedia menerima kad kredit atau debit berasaskan tandatangan untuk melakukan transaksi perniagaan.

"Kami percaya peranti 'Plug n Pay' akan memberi manfaat kepada pelanggan mana-mana produk atau perkhidmatan perlindungan kewangan Takaful Ikhlas.

"Transaksi boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dan peranti terbabit membolehkan tenaga kerja agensi kami mencapai persetujuan urus niaga dengan pelanggan dengan segera," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Ab Latiff Abu Bakar dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, pengenalan peranti 'Plug n Pay' kepada ejen Takaful Ikhlas akan dimulakan dengan ketua ejen di seluruh negara.

Fasa pertama dimulakan di Lembah Klang pada 29 Mac dan diikuti ketua ejen dari wilayah lain yang akan dilengkapi peranti berkenaan bagi memudahkan urus niaga perniagaan mereka, katanya.

Transaksi dilakukan melalui peranti 'Plug n Pay' memudahkan pembayaran di samping urus niaga mereka terjamin kerana butiran peribadi atau akaun pelanggan tidak disimpan di dalam pembaca kad.

Kenyataan itu berkata, sebaik urus niaga disahkan, resit elektronik akan dikeluarkan kepada pelanggan melalui e-mel atau sistem pesanan ringkas.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan