Maybank Tumpu Perluas Sayap Ke China

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 6:48 PM

CEO Maybank, Datuk Abdul Farid Alias

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) sedang mencari peluang untuk meluaskan operasinya di China, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias.

Kumpulan itu sedang berbincang dengan Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan China untuk membuka lebih banyak cawangan di sana.

Maybank Greater China, terdiri daripada tiga cawangan di Hong Kong, Shanghai serta Beijing, menyediakan perkhidmatan perbankan borong, terutama untuk sektor perdagangan dan korporat, dengan tumpuan kepada perkhidmatan merentas sempadan dalam konteks Asean-China.

Keutamaan bank itu di China untuk 2014 ialah meningkatkan keupayaan Renminbi dan produk.

"Selain daripada hakikat bahawa kami sedang berkembang, kami sudah agak selesa pada skala, kepantasan dan profil risiko dalam pasaran," kata Abdul Farid kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan kumpulan itu di sini, Isnin.

Abdul Farid ketika menyentuh mengenai operasi bank itu di Pakistan berkata kumpulan itu sedang berbincang dengan pihak utama dalam perniagaan, daripada perdagangan sehingga perbendaharaan untuk melihat bagaimana ia boleh membantu mereka meningkatkan prestasi.

Beliau berkata, syarikat sekutu bank itu, MCB Bank Ltd, merupakan bank yang paling menguntungkan di Pakistan.

"Dari segi keuntungan, pendaftaran ROE (Pulangan ke atas Ekuiti) bank itu adalah sebanyak kira-kira 21 peratus," katanya, sambil menambah bahawa walaupun menghadapi banyak cabaran, MCB Bank mencatat kira-kira RM600 juta keuntungan tahun lepas.

"Ini sudah cukup baik," katanya.

Kumpulan itu juga sedang mengkaji penggabungan serta pengambilalihan di peringkat serantau bagi merealisasikan keuntungan sebelum cukai sebanyak 40 peratus kumpulan itu dari luar negara menjelang 2015.

"Berdasarkan portfolio perniagaan yang ada, kami perlu mencapai sebanyak 35 peratus menjelang 2015 untuk berkembang secara organik, manakala selebihnya merupakan aktiviti bukan organik," kata Abdul Farid.

Thailand, Singapura dan Filipina adalah antara negara yang dikenal pasti untuk pertumbuhan itu.

"Kami akan memantau. Kami ada rancangan. Sebaik melihat sesuatu yang menarik dari segi perspektif harga dan keupayaan untuk melaksanakannya, selain boleh disepadukan, kami akan meneruskannya," katanya.

 

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan