RHB Kekalkan Saranan 'Neutral' Ke Atas Telekom Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 28 Mac 2014 3:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: RHB Research mengekalkan cadangan 'neutral'nya ke atas Telekom Malaysia Bhd (TM) berikutan pengumuman cadangan untuk membeli 57 peratus kepentingan dalam Packet One Networks (M) Sdn Bhd (P1).

Dalam satu nota, firma penyelidikan itu berkata langkah itu memberi keupayaan kepada TM untuk menggantikan rangkaian Akses Pelbagai Bahagian Kod(CDMA) 850MHz dengan spektrum LTE P1, dan potensi untuk meningkatkan penguasaan pasaran jalur lebarnya.

"Kami berpendapat pelaburan yang diperlukan pada masa akan datang berkemungkinan menjejaskan aliran tunai dan dividen TM," katanya.

TM pada asasnya mempunyai akses kepada spektrum WiMAX dan LTE P1, jejak rangkaian seluruh negara yang terdiri daripada kira-kira 2,000 tapak WiMAX, 500 pengguna 'dongle' tanpa wayar dan pengetahuan strategik daripada Green Packet dan SK Telekom.

"Kami berpendapat cadangan ini akan menjadi satu rangsangan bagi P1, yang seharusnya meraih manfaat daripada suntikan modal TM ini, serta pelaburan-pelaburan baharu yang besar daripada tiga pemegang saham utamanya," kata RHB.

"Justeru itu kami mengekalkan saranan 'neutral' ke atas TM dengan harga sasaran RM5.50.

"Walaupun pembelian ini mungkin mengurangkan pendapatan dalam jangka terdekat, namun kami berpendapat pasaran mungkin membolehkan TM meraih keuntungan daripada ketidakpastian dan bertahan sementara menunggu pengumuman perincian tentang Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi 2, yang sedang diusahakan dengan kerajaan," tegasnya.

Tags / Kata Kunci: RHB , TM , Wimax

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan