KWSP: Majikan Punya Lebih 50 Pekerja Wajib Carum Cara Elektronik

Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 8:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majikan yang mempunyai lebih 50 pekerja wajib menggunakan saluran eletronik, terutamanya e-Caruman untuk menghantar butiran caruman bulanan pekerja mereka berkuatkuasa 1 April ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Ibrahim Taib berkata ini adalah kerana Borang A bercetak tidak lagi dihantar kepada mereka.

"e-Caruman menawarkan kemudahan kepada majikan untuk menghantar butiran caruman KWSP dengan selamat dan menjimatkan masa. Ia membantu mereka mengurangkan kos operasi dan dalam jangka panjang membantu mereka meningkatkan kecekapan operasi," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun, majikan yang ingin menggunakan perkhidmatan e-Caruman perlu mempunyai i-Akaun terlebih dahulu.

Majikan yang baharu dan sudah berdaftar perlu melengkapkan borang KWSP 1 atau KWSP 1 (i) untuk mendapatkan kod pengaktifan i-Akaun masing-masing.

Sementara itu, Ibrahim juga menggalakkan pemegang i-Akaun sedia ada untuk beralih kepada kemudahan e-Caruman dengan serta-merta.

Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman web www.kwsp.gov.my, mengunjungi cawangan KWSP terdekat atau dengan menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000 (8 pagi hingga 6 petang).

Tags / Kata Kunci: KWSP

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan