Amislamic Bank Perluas Sumbangan Bukan Peruncitan Kepada 45% Tahun Depan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 5:18 PM

AmIslamic

Pengerusi Ambank Group, Tan Sri Azman Hashim (tengah), Mahdi Murad (empat, kanan) dan Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara, Datuk Yussoff Dohap (empat, kiri) pada majlis penyerahan zakat perniagaan AmIslamic Bank di Kuala Lumpur, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AmIslamic Bank Bhd menjangkakan memperluas sumbangan segmen bukan peruncitan dalam komposisi aset kumpulan itu kepada 45 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015, berbanding 40 peratus pada masa ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Datuk Mahdi Murad berkata, tumpuan kumpulan itu kini beralih daripada segmen peruncitan kepada bukan peruncitan berikutan wujud peluang perniagaan yang besar, sejajar dengan perkembangan ekonomi negara. 

"Kami sedang cuba mengubah portfolio kami memandangkan pada masa ini lebih kepada segmen peruncitan. Kami kini bergerak ke arah lebih bersifat komersil dan pendapatan berasaskan yuran," katanya pada sidang media selepas penyerahan zakat perniagaan AmIslamic Bank di sini, Jumaat.

Beliau berkata, kumpulan itu menyasarkan perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat berkaitan kerajaan, sambil menambah bahawa sumbangan daripada segmen bukan peruncitan akan diperluaskan kepada 50 peratus menjelang 2020.

"Dengan Program Transformasi Ekonomi yang sedang berjalan, kami menjangkakan lebih banyak projek kerajaan, projek infrastruktur lain serta inisiatif untuk teknologi hijau," kata Mahdi.

Sementara itu, mengenai prospek perbankan Islam di Malaysia, beliau berkata, "prospek kekal meningkat memandangkan terdapat banyak ruang untuk berkembang, yang mungkin akan mencatat pertumbuhan dua angka tahun ini".

Beliau juga berkata, industri mungkin akan mengalami permintaan potensi yang tinggi, terutama daripada syarikat senaraian Bursa Malaysia yang mahu menukar pinjaman mereka kepada sistem berasaskan Islam susulan langkah baharu yang diperkenalkan Suruhanjaya Sekuriti baru-baru ini.

"Langkah baharu itu menetapkan sesebuah syarikat yang mahu diklasifikasikan sebagai patuh syariah, mesti mematuhi jumlah tunai yang ditetapkan, menyumbang kepada deposit Islam dan pinjaman juga mesti mengikut kaedah Islam.

"Sehubungan itu, wujud peluang yang besar bagi kami," katanya sambil menjangkakan permintaan tinggi akan dijana daripada saham syarikat utama seperti MRCB dan SP Setia.


Tags / Kata Kunci: AmIislamic bank , Mahdi Murad

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan