Membangunkan Sistem Pengurusan Logistik Kargo Udara Masa Depan

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 12:37 PM

Ibu Pejabat Unisys Corp di Amerika Syarikat

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Unisys Corporation pada Selasa mengumumkan bahawa ia sedang bekerjasama dengan TravelSky, pembekal terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat untuk industri perjalanan dan pelancongan China, bagi membangunkan Sistem Pengurusan Unisys Logistik.

Versi baharu akan dikenali sebagai LMS Generasi Akan Datang (LMS NG) dan dijangka disediakan pada akhir tahun 2015.

LMS NG akan menyediakan pelbagai ciri canggih, termasuk keupayaan mudah alih tambahan dan pemantauan proaktif. Versi baharu akan menggabungkan enjin berasaskan Java yang dipertingkatkan bagi membantu syarikat penerbangan kargo udara bertindak balas dengan lebih cepat terhadap peluang-peluang dalam pasaran memandangkan perubahan boleh dibuat dengan mudah dalam proses perniagaan tanpa perlu menulis kod.

LMS NG boleh didapati melalui model Perisian-sebagai- Perkhidmatan atau sebagai produk berlesen.

LMS NG akan dilengkapi beberapa antara muka tambahan bagi membantu syarikat penerbangan kargo udara mewujudkan rantaian bekalan elektronik sepenuhnya bersama pelanggan dan rakan usaha sama mereka, selain untuk melihat data kapasiti sentiasa dikemas kini berdasarkan produk dan penerbangan.

Maklumat itu akan membolehkan syarikat penerbangan mengetahui rangkaian bekalan supaya mereka dapat melaraskan harga dengan cepat bagi memaksimumkan penggunaan kapasiti kargo yang ada, dan pada masa yang sama memacu keuntungan. 

Christopher Shawdon, Naib Presiden Penyelesaian Logistik untuk Unisys, berkata: "Dalam industri kargo udara yang berdaya saing, syarikat penerbangan mencari jalan untuk lebih cepat bertindak balas terhadap perubahan dalam pasaran supaya dapat memacu penggunaan kapasiti maksimum. Ciri harga baharu kami akan memberikan syarikat pengangkut kargo udara fleksibiliti yang sama yang diperoleh syarikat penerbangan penumpang dengan dapat menawarkan harga dinamik berdasarkan tarikh, perkhidmatan, penerbangan atau laluan."

Unisys sedang membangunkan LMS NG menerusi perundingan rapat dengan InfoSky, bahagian milik penuh TravelSky, yang baru-baru ini memilih Unisys LMS sebagai asas hos perkhidmatan pengurusan logistik syarikat penerbangan China. 

Li Aiguo, Pengurus Besar InfoSky  berkata: " Kami menikmati perkongsian yang sangat berjaya bersama Unisys, untuk menawarkan infrastruktur teknologi yang mantap dan selamat yang diperlukan untuk menyokong industri penerbangan China. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Unisys untuk menggabungkan domain dan kepakaran teknikal kedua-dua syarikat bagi membangunkan LMS NG untuk pasaran global."

Penyelesaian logistik Unisys digunakan oleh syarikat penerbangan yang menerbangkan kira-kira 30 peratus daripada kargo udara di dunia. Selain Sistem Pengurusan Logistik (LMS), Penyelesaian kargo Unisys termasuk Perkhidmatan Portal Kargo (CPS), dalam Pengurus Perkhidmatan Transit (ISM), dan Perakaunan Perolehan Kargo (CRA).

Penyelesaian kargo Unisys digunakan oleh banyak syarikat penerbangan terkemuka di dunia yang bekerjasama melalui Kumpulan Pengguna Kargo Unisys (UCUG ).

Anggota Unisys dan UCUG sudah menjalin kerjasama dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA ) selama lebih 20 tahun dalam inisiatif seperti e-Fret, Kargo 2000 dan mesej XML.

Unisys mempunyai lebih 45 tahun pengalaman dalam menyediakan penyelesaian teknologi maklumat misi kritikal moden kepada industri penerbangan. Lima belas daripada 25 syarikat penerbangan terkemuka - dan lebih daripada 200 di seluruh dunia - bergantung kepada penyelesaian Unisys.


Tags / Kata Kunci: Unisys Corp , TravelSky

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan