Harga Saham Rendah Pada Sesi Pagi

Diterbitkan: Isnin, 24 Februari 2014 1:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saham-saham di Bursa Malaysia rendah pada tengah hari berikutan kurangnya sokongan belian selain ketiadaan petunjuk baharu dalam pasaran, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.92 mata kepada 1,826.82, selepas bergerak antara 1,826.77 dan 1,833.80 di sepanjang sesi.

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran masih rapuh berikutan data ekonomi dari Amerika Syarikat (US) yang lemah, yang menunjukkan jualan kediaman turun ke paras terendah dalam tempoh 18 bulan pada Januari.

Di papan skor, Indeks Kewangan susut 22.73 mata kepada 16,541.55, dan Indeks Perusahaan turun 15.76 mata kepada 3,119.06, manakala Indeks Perladangan meningkat 13.23 mata kepada 8,755.10.

Indeks FBM Emas turun 24.5 mata kepada 12,643.36, FBM 70 susut 8.49 mata kepada 13,804.97, dan Indeks FBMT100 susut 22.20 mata kepada 12,303.81, manakala FBM Ace menokok 55.13 mata kepada 6,759.26.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 416 berbanding 364, 276 kaunter tidak berubah, 561 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 871.74 juta saham bernilai RM1.89 bilion.

Antara saham aktif, Asia Bioenergy turun 1.5 sen kepada 14 sen, Luster Industries menambah 1.5 sen kepada 13 sen, dan Minetech Resources menokok setengah sen kepada 20.5 sen.

Bagi kaunter wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM9.75, manakala Tenaga Nasional menambah empat sen kepada RM12.04 dan CIMB meningkat dua sen kepada RM7.09. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: saham , harga saham , saham rendah

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan