suria

Balik rumah jarang-jarang, isteri syak suami berlaku curang... tapi semuanya berubah selepas bertemu seseorang, siap dipuji cantik! - “Pertama kali dalam hidup aku pergi spa”

Rumah tangga pasangan berkenaan hambar kerana sikap si isteri yang tidak menjaga penampilan. Gambar hiasan

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.

Perselisihan pendapat, bergaduh kecil, tidak puas hati atau merajuk sudah menjadi asam garam dalam berumah tangga.

Namun perkara-perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan lama-lama dibimbangi akan menjejaskan hubungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 tahun kahwin, suami kantoi curang hampir 10 kali – “Dia masih main Tinder, WeChat... saya lari balik kampung”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri jumpa mesej ‘baby’ dalam handphone suami, sakit jantung pun ada hati nak menipu - “Dapat MC sebulan, dia kata dua minggu je”

Sebaik-baiknya pasangan yang berkenaan perlu duduk bersemuka, berkomunikasi dan berbincang ataupun meminta bantuan pihak yang berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian.

Perkongsian seorang pelayar menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT) nyata membuka mata dan wajar dijadikan panduan buat pasangan suami isteri terutama yang sudah menunjukkan bibit-bibit 'dingin'.

"Dulu aku dengan laki aku hari-hari bergaduh... ada saja tak kena walaupun 10 tahun kahwin. Dahlah balik rumah seminggu dua atau tiga kali je. Hadap telefon bimbit tersengih-sengih, sakitnya hati aku. Handphone pula letak password.



Sebahagian kisah yang dikongsikan oleh pelayar tersebut di Facebook.

"Sebab selalu sangat gaduh prestasi kerja merosot dan anak-anak memang kena tempias. Tapi aku cari solution dan doa pada Allah. Aku google tengok ceramah sebab nak bagi sabar diri aku ni.

"Sekali aku google kenapa pasangan panas, terjumpa tarikh lahir aku dengan laki aku ni rupanya panas. Agaknya ni ke punca tak bahagia?" tulisnya pada perkongsian tersebut.

Menurut pelayar tersebut, hubungannya dengan suami kian hambar sehingga membuatkan dia merasa bosan dengan perkahwinannya.

Dalam masa yang sama, pelayar itu turut mengesyaki suaminya berlaku curang dengan wanita lain.



Pelayar tersebut pada mulanya mengesyaki suaminya mempunyai wanita lain kerana jarang pulang ke rumah. Gambar hiasan

"Sampai satu hari aku dah nak gila, aku pergi join sesi konsultasi rumah tangga, ni pun mak aku paksa. Aku join private punya. Dia mintak tarikh lahir aku dengan laki aku. Sekali dia terangkan sikap aku dengan laki aku sampai aku speechless.

"Konsultan tu kata laki aku jenis suka privacy manakala aku jenis asal boleh. Dia balik rumah kene ada bilik untuk rehat. Dia jenis teliti dan berstruktur. Aku pulak jenis tak kisah.

"Katanya laki aku suka kalau aku pandai berhias. Betul, laki aku pun memang jenis jaga penampilan sebab tu aku kata mesti dia ada perempuan lain. Aku pulak balik kerja penat sangat terus tukar baju tak mandi. tu kelemahan aku yang aku tak sedar," ujarnya.

Aku pergi spa pertama kali dalam hidup. Aku beli sabun muka, aku kemas bilik, aku letak rumah bau Febreez.

PELAYAR

Demi memulihkan dan menyelamatkan rumah tangga, pelayar ini mengikuti saranan yang disyorkan oleh konsultan berkenaan.

"Aku pergi spa pertama kali dalam hidup. Aku beli sabun muka, aku kemas bilik, aku letak rumah bau Febreez. Aku ingat lagi, lepas lima hari tak balik, dia masuk rumah, dia masuk bilik, dia terus mandi dan duduk atas katil. Selalu dia balik, duduk sofa terus buka TV.

"Dia kata 'cantik awak ni ada shift malam ke?'. Tapi kan serius dah bertahun dia tak puji aku. Aku tanya 'kenapa awak tak balik rumah, duduk rumah kawan?'. Laki aku kata duduk rumah pekerja... 'saya ni ada agama lagi, tahu hukum'.



Sebahagian daripada komen netizen yang memuji wanita berkenaan kerana berusaha mencari penyelesaian masalah rumah tangganya.

"Sejak tu laki aku hari-hari balik. Aku sedih, perubahan kecil je aku buat, besar hasilnya. Selama ni aku tak kenal laki aku. Dia pun bila tenang memang mudah nak minta tolong dan banyak bersembang. Aku pun banyakkan istighfar dan amal yang konsultan tu ajar.

"Betul la takda istilah panas. Yang betul adalah kita kenal pasangan kita, sikap dia, hati dia... baru mudah nak bahagia. I love you hubby. Anak ke-3 on the way... doakan kami," tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih daripada 500 shares.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain