suria

“Tenanglah hang kat sana Eija” - Arwah aktif kadet di sekolah, kawan baik tak sangka Rahiza salah seorang mangsa helikopter terhempas

Difahamkan arwah Noor Rahiza Anuar meninggalkan empat orang cahaya mata.

RAKYAT Malaysia menzahirkan rasa duka selepas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung dan terhempas pada pagi Selasa.

Di Facebook, seorang individu dikenali sebagai Suriani Md Saad turut berkongsi luahan sedih dan memaklumkan salah seorang mangsa nahas merupakan rakan baiknya.

"Allahuakbar. Masa awal-awal tengok kes ni kat group rasa sayu, dah terbayang mangsa-mangsa yang meninggal.

"Sungguh tak sangka rupanya kawan baik sendiri jadi mangsa. Allah, baru tengok WhatsApp group, adik beritahu kata kawan hang tu kak.

"Berdegup jantung. Bergenang air mata sambil bawa motor balik sekolah tadi. Terkejut sungguh," ujarnya.

Difahamkan mangsa yang dikenali sebagai Noor Rahiza Anuar berasal dari Yan, Kedah.

whatsao

Perbualan dalam group WhatsApp keluarga Suriani tentang pemergian sahabatnya itu.

Dalam perkongsian sama, Suriani turut menitipkan doa buat sahabatnya itu.

"Semoga Allah tempatkan Noor Rahiza Anuar atau Rahiza Eija dalam kalangan orang beriman. Tenanglah hang kat sana Eija.

"Rupanya gambar raya hang dengan famili semua adalah gambar terakhir untuk kami," tulis Suriani lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejadian betul-betul atas kepala... Saksi rakam helikopter bertembung dekat kolam renang TLDM

Di ruangan komen perkongsian sama, Suriani berkata arwah Noor Rahiza pernah menganggotai pasukan beruniform ketika di sekolah.

"Masa sekolah dia aktif kadet," katanya lagi,

Terdahulu, mStar melaporkan kesemua 10 mangsa yang terlibat dalam nahas dua helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan maut.

Tiga mangsa berada dalam helikopter jenis Fennec M502-6 manakala tujuh lagi berada di dalam helikopter HOM M503-3.

Dua pesawat malang itu berlepas dari Padang Sitiawan, Perak pada pukul 9.03 pagi untuk latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain