suria

Wanita simbah pemuda sindrom down dengan air panas ke penjara 10 tahun, denda RM6,000

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan detik kejadian.

WANITA yang menyimbah air panas pada lelaki orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down ketika berada di dalam lif dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di Balik Pulau, Pulau Pinang pada Selasa.

Hakim, Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin membuat keputusan itu selepas tertuduh, Oo Saw Kee yang berusia 39 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa.

Mengikut pertuduhan, Oo didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap A. Solairaj, 33, apabila dia menyimbah air panas ke arah mangsa sehingga melecur di lif sebuah pangsapuri di Jalan Rajawali pada 19 April lalu.

Terdahulu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Peguam Edric Loo mewakili Oo secara pro bono manakala pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang, Mohd Nordin Ismail. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain