suria

“Itu gambar baharu, hari ini” - Anak saudara terkejut maksu terlibat nahas helikopter, keluarga dari Yan di Kedah segera ke Lumut

Along berkata dia kali terakhir dia berjumpa ibu saudaranya (tengah) sebelum Ramadan.

AHLI keluarga kepada salah seorang mangsa nahas pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengakui masih terkejut selepas menerima khabar duka itu pada pagi Selasa.

Hanya mahu dikenali sebagai Along, pemuda itu berkata pihak keluarganya segera bergegas ke Lumut, Perak sejurus menerima berita tentang insiden membabitkan ibu saudaranya itu.

"Maksu (mangsa) merupakan ibu saudara belah emak saya. Saya memang terkejut lepas dapat tahu tentang hal ini. Memang tak percaya sebab ia berlaku tiba-tiba.

"Kali terakhir jumpa sebelum puasa. Keluarga maksu duduk di Yan, Kedah. Keluarga dah pergi ke Lumut selepas tahu berita itu. Mak ayah saya pun pergi juga," ujar pemuda itu ketika dihubungi mStar.

439341961_825433756276836_1886002085925076962_n

10 mangsa yang terlibat dalam nahas dua helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan maut.

Namun menurut Along, tidak banyak yang boleh dikongsikannya ketika ini memandangkan insiden itu baru sahaja berlaku dan masih banyak maklumat belum diterima.

Terdahulu, tular sekeping foto memaparkan tiga anggota tentera wanita yang sedang berada di dalam sebuah helikopter.

Menerusi komen pada hantaran tular itu, Along berkata wanita yang berada di tengah-tengah dalam foto berkenaan merupakan ibu saudaranya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejadian betul-betul atas kepala... Saksi rakam helikopter bertembung dekat kolam renang TLDM

"Itu gambar baru, hari ini," jawabnya ringkas.

Menurut Along lagi, wanita berkenaan juga sudah berumah tangga dan memiliki cahaya mata.

Untuk rekod, kesemua 10 mangsa yang terlibat dalam nahas dua helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan maut.

Tiga mangsa berada dalam helikopter jenis Fennec M502-6 manakala tujuh lagi berada di dalam helikopter HOM M503-3.

Dua pesawat malang itu berlepas dari Padang Sitiawan, Perak pada pukul 9.03 pagi untuk latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain