suria

Negara berduka... Ini wajah 10 anggota TLDM maut nahas helikopter di Lumut

TLDM umum senarai nama 10 mangsa yang maut dalam nahas helikopter.

IDENTITI anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, dikenal pasti.

Menurut TLDM, 10 mangsa itu terdiri daripada tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan tiga kru Fennec.

Berikut merupakan senarai penuh mangsa yang terkorban:

Pesawat HOM (M503 3) - 4 orang kru dan 3 penumpang:

1. Komander Muhammad Firdaus Ramli - Pegawai Memerintah Skuadron 503.

2. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

3. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

4. Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun.

5. Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy

6. Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar

7. Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna

Pesawat Fennec (M502 6) - 3 orang kru:

1. Komander Muhamad Amir Mohamad - Pegawai Memerintah Skuadron 502.

2. Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

3. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Berikut foto dan jawatan mangsa yang terlibat:

list1

list2

Dalam kenyataan sama yang diterbitkan pada Selasa petang, TLDM berkata pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain