Jemaah Buat Persediaan Berwukuf Di Arafah

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 8:11 PM

Lautan manusia yang melakukan tawaf di Baitullah.

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Jemaah haji dari seluruh dunia akan berhimpun di Arafah Ahad ini iaitu pada 9 Zulhijah bagi menjalani wukuf dalam ibadah haji tahun ini.

Jemaah haji Malaysia yang berjumlah 22,320 orang itu adalah antara jemaah yang akan turut berangkat ke Padang Arafah secara berperingkat-peringkat selepas waktu Zohor pada Jumaat malam dan Sabtu.

Selepas khutbah Arafah, mereka akan ke Mudzalifah untuk bermabit atau berada di situ sehingga melepasi tengah malam dan seterusnya ke Mina untuk melontar di Jamrah.

Selepas selesai melontar ketiga-tiga jamrah, mereka akan kembali ke Makkah untuk melakukan Tawaf, Saei dan bertahalul iaitu bercukur sebagai tanda selesainya ibadah haji.

Ibadah haji adalah rukun Islam kelima yang wajib ke atas umatnya yang berkemampuan.

Ia mempunyai pengertian yang amat besar ke atas setiap insan yang dijemput oleh Allah SWT untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Muslim.

Sebahagian daripada jemaah turut memenuhi pekarangan luar Masjidil Haram.

Justeru tidak hairanlah mengapa pada setiap tahun jutaan umat Islam datang dari jauh dan dekat untuk menunaikan ibadah mereka di Baitullah.

Tanpa mengira bangsa, warna kulit mahupun pangkat, di Makkah semua umat Islam adalah sama di sisi Allah.

Pengarah Urusan Rayhar Travels, Harun Ahmmu berkata, jemaah Rayhar seramai 763 orang akan berangkat ke Arafah pada petang Sabtu dengan 16 bas sewaan khas.



Katanya, program di Arafah dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak dan pada sebelah malam pula diadakan qiamullail.

“InsyaAllah pada 9 Zulhijah program kami dimulakan dengan kuliah Subuh dan kuliah Dhuha dan selepas itu jemaah membuat persediaan untuk waktu Wukuf.

“Khutbah Arafah akan disampaikan oleh Pengurus Besar Bimbingan Haji Rayhar, Ahmad Rosli”, kata Harun.

Menurutnya, pihak berkuasa Arab Saudi yang bertanggungjawab ke aras masyaer menyediakan unit-unit pendingin hawa berkuasa air yang baharu bagi menghadapi cuaca panas.

Sementara itu ketika menanti Hari Wukuf, jemaah dari seluruh pelusuk dunia yang tiba ke Tanah Suci lebih awal, berulang-alik ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat waktu atau solat sunat di samping berzikir, membaca ayat suci al-Quran ataupun beriktikaf di dalam masjid.

Beginilah keadaan ketika jemaah sedang berasak-asak untuk keluar dari Masjidil Haram selepas solat Subuh.


Sebahagian besar jemaah turut mengambil kesempatan untuk melakukan tawaf sunat ataupun umrah mengikut kemampuan masing-masing.

Ada juga jemaah kelihatan membeli barangan yang perlu dibawa ketika berwukuf seperti tikar, payung, air mineral, makanan ringan dan kipas angin bimbit yang mengeluarkan air sebagai persediaan menghadapi cuaca panas di Arafah.

Oleh kerana Hari Wukuf sudah menjelang tiba, jemaah dari Malaysia khususnya dinasihatkan supaya menjaga kesihatan dan tidak melakukan sesuatu yang memenatkan termasuk umrah sehingga selesainya wujuf di Arafah, Mudzalifah dan Mina.

Menurut Harun, lawatan dan umrah akan hanya dianjurkan pihaknya beberapa hari selepas wukuf, setelah selesai ibadah haji di Mina.

Tags / Kata Kunci: wukuf , 9 Zulhijah , Padang Arafah , Rayhar Travels

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan