suria

Sunway Lagoon Hidupkan Dunia Fantasi Dengan Silap Mata Trikstars

Sylvester the Jester menghidupkan waktu kartun ke dunia realiti dalam pertunjukan silap mata TRIKSTARS - Masters of Trickery.

PETALING JAYA: Taman tema terunggul Sunway Lagoon menghidupkan dunia fantasi dengan penuh keajaiban menerusi pertunjukan silap mata bertaraf antarabangsa, Trikstars - Masters of Trickery.

Pertunjukan di Sunway Lagoon Amphitheatre ini membarisi sekumpulan ahli silap mata berpengalaman dengan aksi mereka yang memukau dan menakjubkan.

Bukan sekadar pertunjukan silap mata semata-mata, penonton turut disajikan dengan elemen hiburan dan komedi dalam persembahan selama dua jam.

Gabungan menarik dan unik ini ternyata meninggalkan kesan buat penonton pelbagai lapisan umur terutama mereka yang datang bersama keluarga.

Seramai tujuh penghibur silap mata dari Las Vegas dan Eropah dihimpunkan di pentas menghiburkan penonton dengan aksi silap mata dan komedi mereka.

"Nightmares" dengan aksi menggerunkan.

Ahli silap mata Sylvester the Jester menarik perhatian penonton dengan menghidupkan waktu kartun ke dunia realiti. Phelston Jones pula menarik perhatian penonton dengan pelbagai jenis silap mata yang mengasyikkan. 

King Charles Troupe terdiri daripada sekumpulan pemain bola keranjang yang menaiki ‘unicycle’ dengan aksi bertenaga mempamerkan persembahan permainan luar biasa.

Magus Utopia memperkenalkan sisi gelap dalam persembahan uniknya dengan menggabungkan penceritaan, ilusi dan visual dalam ‘Nightmares’. 

Bagi pasangan tarian yang memenangi anugerah, Sebastian dan Kristina, kedua-duanya mempamerkan kesenian menerusi tarian dengan penuh keajaiban.

Sementara itu, pemain silap mata yang dikenali sebagai “Coolest Magician on Earth”, Ruby Colby turut menghiburkan penonton dengan aksinya yang mencuit hati.

Pertunjukan Trikstars turut diselang-selikan dengan persembahan penyanyi, J’aime Holland. 

King Charles Troupe mempamerkan aksi pemainan bola keranjang yang luar biasa. 

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Membeli-Belah dan Taman Tema Sunway, HC Chan berkata, sebagai satu jenama yang kukuh diiktiraf dalam pasaran taman tema Malaysia dan antarabangsa, kerjasama antara Sunway Lagoon dan Dion & Randall Internet begitu strategik.

“Ia juga merupakan cara terbaik untuk menganjurkan satu lagi acara yang hebat untuk menghiburkan pelanggan kami.

“Menerusi pertunjukan Trikstars, kami membawa penonton berfantasi, memberikan peluang kepada mereka meluangkan masa berkualiti bersama rakan-rakan dan keluarga,” ujar HC Chan. 

Phelston Jones menggunakan elemen api dalam persembahan silap matanya. 

Pertunjukan Trikstars – Masters of Trickery diterbitkan oleh Dion & Randall International yang diasaskan oleh Adam Dion Bahoudian dan Nina Randall Bahaoudian yang mempunyai pengalaman lebih 35 tahun dalam pementasan, teater, filem, televisyen, musim, rekaan kostum dan pengurusan bakat.

Pertunjukan Trikstars – Masters of Trickery diadakan pada pukul 8 malam setiap hari kecuali Selasa dari 5 sehingga 20 Disember 2015.

Tiket berharga boleh didapati dari RM70 untuk kanak-kanak dan RM100 untuk orang dewasa. Orang ramai boleh membuat tempahan tiket di ticketcharge.com.my

TRIKSTARS, Sunway Lagoon

Artikel Berikut

Menyauk Ikan Loma Di Sg Rui

Artikel Lain