Seronoknya Memancing Di Sungai Putat

Diterbitkan: Khamis, 20 November 2014 1:05 PM

Memancing juga dapat merapatkan hubungan anak dan ayah.

(Ubah saiz teks)

KETIKA memancing pasti banyak kejutan akan muncul. 

Terbaru, kepulangan sempena menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Melaka, cukup memeranjatkan apabila mendapati Sungai Putat dekat kampung halaman saya merupakan lubuk beberapa jenis ikan.

Pemancing yang terdiri daripada golongan muda dan tua boleh dilihat berada di sepangjang sungai masing-masing menantikan nasib agar umpan mereka disambar sang ikan. 

Ikan keli paling banyak ditemui di Sungai Putat.

Ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku, membuatkan saya berjalan menyusuri tebing sungai dengan membawa peralatan memancing bersama. 

Selepas memerhatikan apa yang dilakukan oleh si pengail sambil berborak dengan mereka, saya membuat keputusan untuk turut serta sekaligus mengimbau kembali kenangan indah ketika zaman kanak-kanak. Ketika ini saya sanggup curi-curi keluar rumah semata-mata untuk pergi memancing di tepi sungai. 

Kegembiraan jelas terpancar di wajah pemancing bila umpan mereka disambar si ikan keli. 

Beberapa dekad lalu Sungai Putat menjadi lokasi pelbagai jenis ikan. Ia merupakan merupakan lokasi tempat tinggal beberapa jenis ikan seperti kaloi, haruan, ikan betok atau puyu. 

"Saya memang tidak boleh melupakan satu peristiwa di mana jirannya saya, berjaya menangkap seekor ikan kaloi dan ia diletakkan di dalam akuarium. Dia membela ikan tersebut selama beberapa tahun sebelum melepaskannya kembali ke sungai apabila berat ikan tersebut mencecah 2.5 kilogram," katanya. 

"Saya suka menangkap ikan puyu menggunakan batang buluh. Bukan itu sahaja, saya juga sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk memancing dengan menggunakan telur dan kertas getah sebagai umpan."

Pemancing cilik ini turut cuba mengasah bakat memancing mereka. 
Namun ia hanyalah kenangan terindah pada masa dahulu ketika sungai itu dipenuhi dengan pelbagai jenis ikan air tawar. 

Akibat projek pembangunan di kawasan perdagangan bebas di Batu Berendam yang terletak berhampiran telah menyebabkan sungai tersebut tercemar akhirnya dan ia mengakibatkan pelbagai jenis ikan mati. 

Cengerik juga sering digunakan sebagai umpan untuk menangkap ikan keli. 

Ekoran kejadian itu, tiada siapa yang berani untuk memancing di sungai yang telah tercemar itu, justeru bila melihat sungai tersebut kembali jernih dan orang kampung mula memancing semula di sungai berkenaan, ia ternyata menarik minat saya untuk ke sana.

Menurut penduduk kampung, ikan puyu dan kaloi sudah tiada lagi, sebaliknya sungai tersebut kini menjadi lokasi bagi ikan keli, ikan duri, dan ikan haruan bersaiz besar. 

Menurut pemancing tempatan yang dikenali sebagai Karim, usaha kerajaan negeri untuk membersihkan dan memulihara Sungai Melaka dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini telah berjaya memberi nadi baru kepada hidupan sungai di sana. 

Sungai tersebut juga kini menjadi lubuk untuk mendapatkan ikan keli dan tilapia. Ikan keli paling besar yang berjaya ditangkap penduduk kampung ialah seberat 300 gram hingga 400 gram.


 

"Saya cukup gembira apabila dapat kembali ke sungai dengan tiga batang joran, sekaligus mengimbau kembali kegembiraan yang dinikmati ketika zaman remaja. Ketika itu, dalam tempoh satu jam sahaja lima ekor ikan keli berjaya saya tangkap, ia sangat mengujakan.

"Saya menggunakan alat menangkap ikan yang ringan untuk aktiviti memancing kali ini, joran dipasang dengan gelendong mini, Abu Garcia sx% dengan garis 8lb.

"Untuk umpan pula saya menggunakan ihsan yang diberikan daripada pemancing di sana dan saya juga menggunakan cengkerik dan cacing yang panjang dan pendek dengan cangkuk berhuruf J," katanya.

Biarpun percutian kali ini agak pendek, namun kenangan memancing di situ mengimbau kembali kenangan ketika zaman kanak-kanak. Saya berjanji akan kembali ke kampung halaman dan meluangkan lebih banyak masa untuk memancing di sungai berkenaan.

Selamat memancing semua! 

Tags / Kata Kunci: memancing , Sungai Putat , ikan keli , haruan , kaloi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan