Pelbagai Pilihan Limau Mandarin Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chew menunjukkan kotak limau mandarin yang dihiasi dengan gambar kepala singa.
Chew menunjukkan kotak limau mandarin yang dihiasi dengan gambar kepala singa.

LEBIH dua dekad lalu, limau mandarin biasanya didatangkan bersama kotak kayu di mana buah-buahan itu yang datang dari China dibungkus dengan kertas merah.

Kini, limau mandarin mudah diperolehi dengan pelbagai pilihan.

Pelanggan tiada peluang untuk merasai atau mengetahui sama ada buah-buahan itu rosak memandangkan kotak tersebut telah dipaku.

Pelanggan juga tidak dibenarkan untuk merasai dahulu buah tersebut sebelum membelinya.

Namun, segalanya berubah pada hari ini.

Kini, limau mandarin diletakkan di dalam kotak dengan pelbagai reka bentuk manakala ia dijual mengikut saiz iaitu dari S ke XXL.

Ketika tinjauan ke SS2 di Petaling Jaya baru-baru ini, kebanyakan peniaga dilihat sibuk mengambil tempahan daripada pelanggan menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

"Pelanggan muda lebih gemar kepada kotak yang cantik untuk diberikan kepada saudara mara dan rakan-rakan," kata seorang peniaga, Chew Yew Chai yang datang dari Johor.

Chew berkata, dia memastikan gerai miliknya menawarkan pelbagai pilihan kotak berisi limau mandarin untuk memenuhi selera pembeli.

Kotak termahal yang dijual di gerainya adalah diperbuat daripada kayu yang dihiasi kepala singa, digunakan dalam persembahan tarian singa.

"Setiap orang suka menonton persembahan tarian singa dan ia adalah karakter yang mereka tahu," kata Chew.

Sekotak limau yang diisi dalam kotak kayu itu berharga RM68.

Sementara itu, seorang peniaga durian, Cheah Kim Wai yang membuka gerai berdekatan, berkata berlaku pengurangan sebanyak 30% bagi bekalan dari China berbanding pada tahun lalu.

"Harga limau turut meningkat 40 % kerana kekurangan bekalan," kata Cheah yang menjual lebih 20 jenis 'lokam'.

Pelanggannya kebanyakannya menggemari buah bersaiz standard (L) yang dijual bermula pada harga RM19 untuk 2 dozen (24 biji).

"Mereka boleh merasai buah tersebut sebelum membelinya," kata Cheah.

Seorang lagi peniaga, Koh Chuan Leong berkata limau mandarin berharga RM8 sekotak pada tahun lalu tetapi kini ia berharga RM13.

"Setakat ini, pelanggan kami tidak mengeluh mengenai harga tersebut," kata Koh.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan