suria

Impian Adeline Jadikan Gopeng Pelancongan Berpotensi

Hasrat Adeline Kuo mahu melihat perniagaan resort yang diusahakannya terus berkembang.
Hasrat Adeline Kuo mahu melihat perniagaan resort yang diusahakannya terus berkembang.
Hasrat Adeline Kuo mahu melihat perniagaan resort yang diusahakannya terus berkembang.

MENGUSAHAKAN kawasan yang tidak dipetakan memberi kelebihan buat Adelina Kuo untuk perniagaan resort.

Sebelum pekan Gopeng yang sunyi sepi menjadi kawasan warisan oleh Kementerian Pelancongan dan pengendali resort eko-pelancongan menemui pasaran di tanah tinggi yang dikelilingi Sungai Kampar lagi, Kuo telah pun melihat kawasan tersebut mempunyai potensi perniagaan yang seharusnya diusahakan.

Perjalanan Kua tidak akan menjadi tanpa menempuh cabaran.

Hari ini, perniagaan beliau yang diusahakan iaitu Villa Adelina menerima antara 700 dan 800 pengunjung sebulan.

Pada 2004, dengan hanya berbekalkan wang sebanyak RM5,000 dan minat yang mendalam dalam bidang masakan, Kuo memberitahu ibunya bahawa beliau mahu menjadikan tanah milik ibunya yang berkeluasan dua hektar di Kampung Geruntum, Sungai Itik sebagai sebuah resort.

Keluarga beliau bagaimanapun tidak menerima idea itu dengan baik.

"Mereka mentertawakan saya. Mereka mempersoalkan apakah perniagaan yang saya boleh mulakn dengan wang sebanyak itu. Mereka katakannya sebagai satu idea gila," katanya mengimbas kembali.

Bagaimanapun, Kuo tetap melakukannya tanpa berputus asa.

Selain Resort Gopeng Natural Resort, tiada lagi kemudahan penginapan di kawasan tersebut pada ketika itu walaupun ianya sudah pun menarik perhatian penggemar aktiviti mencabar kerana mempunyai banyak aktiviti berkaitan dengan alam semula jadi seperti white-water rafting, jungle trekking dan caving.

Kuo mula mengusahakan Rumah Rehat Adeline meskipun kekurangan modal.

"Saya bangunkan kawasan ini sedikit demi sedikit. Saya tidak mempunyai wang, tetapi saya bangunkan apa yang saya mampu dahulu. Yang lain-lain saya bangunkan bila saya ada modal," kata Kuo.

Dengan bantuan beberapa orang asli di kawasan itu, Kuo melaburkan sejumlah RM5,000 untuk membina sebuah dapur dan dua tandas.

Penunggang basikal yang melalui kawasan itu akan singgah di rumah rehat bagi menikmati masakannya dan bertanyakan tentang penginapan meskipun chalet belum disiapkan lagi.

Beliau memberitahu mereka jika mereka dapat membawa khemah sendiri, dia dengan senang hati dapat memberikan kemudahan buat mereka.

Kuo memastikan kos overhednya rendha dengan melakukan kesemuanya sendiri. Beliau memulakan kerja pada pukul 4 pagi dan berterusan sehingga 11 malam pada setiap hari.

Ketika perusahaan rumah rehat itu baru hendak berkembang, beliau menggaji orang asli dari kampung-kampung berhampiran bagi membantunya dalam urusan memasak dan mencuci.

Dengan pendapatan yang diperoleh selepas itu, Kuo mula membina pondok-pondok berkonsepkan kampung. Beliau mengambil masa kira-kira lima tahun untuk menyempurnakan Rumah Rehat Adeline.

Perniagaan beliau kemudiannya berkembang maju dan Kuo perlu untuk memperluaskan lagi bagi memenuhi permintaan.

"Tetapi harga tanah melonjak naik ketika itu. Semuanya begitu mahal jika dibandingkan dengan tanah ibu saya, yang dia mendapatkannya hanya RM1,900 per ekar pada waktu dulu," katanya.

Kuo memperoleh gabungan plot tanah seluas tujuh ekar pada harga RMRM38,000 per ekar pada Ogos 2009.

Beliau terpaksa menggadaikan rumahnya bagi mendapatkan tanah dan mula membangunkan resort yang baharu, Villa Adelina pada tahun berikutnya.

Tidak seperti suasana kampung dan kemudahan asas di rumah rehat, Villa Adelina lebih berkonsepkan moden dan memberi keselesaan dengan pendingin hawa serta menyediakan bilik air di setiap chalet.

Beliau turut menggunakan pemanas air berkuasa solar bagi mengurangkan penggunaan elektrik dan memastikan jaminan bekalan air panas buat para pengunjung.

Perniagaan yang diusahakan beliau terus menggunakan model "peroleh modal dan bangunkan".

Kuo berharap untuk menyiapkan kerja-kerja pembangunan bagi baki dua ekar tanah menjelang akhir tahun ini, di mana akan menyaksikan penambahan lapan chalet lagi kepada 15 chalet sedia ada.

Pada masa ini, Villa Adeline boleh menampung antara 80 dan 90 orang pada bila-bila masa.

Perniagaan yang diusahakan Kuo turut mendapat perhatian pelancong asing, ekoran ulasan yang positif mengenai kemudahan penginapannya di Internet.

Suatu ketika dahulu Gopeng pernah sibuk sebagai pekan perlombongan bijih timah sehingga ia dibiarkan pada 1980an selepas pasaran bijih timah merosot.

Bagaimanapun, dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan tempatan dan kumpulan sukarelawan untuk membangunkan semula pekan yang lenggang ini, Kuo menjangkakan pelancongan menjadi tarikan di Gopeng.

Antara usaha itu termasuk pembukaan Muzium Gopeng pada 2009 dan Rumah Warisan pada 2010 serta beberapa festival dan projek mural.

Tambahan pula, Kuo berkata, dengan lebih ramai yang mengusahakan resort di kawasan berkenaan akan meningkatkan lagi prospek pelancongan di Gopeng.

Menurut Kuo, dengan bilangan pengunjung yang semakin bertambah, beliau perlu mendapatkan lebih banyak tanah selepas menyelesaikan pembangunan Villa Adeline.

Bagaimanapun katanya, beliau menyedari nilai tanah kini semakin tinggi iaitu kira-kira RM150,000 per ekar.

Tetapi beliau yakin akan menemui cara untuk meneruskan perbelanjaan itu.

Kuo, yang berusia lingkungan pertengahan 50-an mengetahui perniagaan yang diusahakannya tidak akan sia-sia kerana ia akan diambil alih oleh anak lelakinya pada suatu hari nanti.

"Perniagaan keluarga secara kecil-kecilan biasanya tidak akan ada sesiapa untuk meneruskannya kerana generasi lebih muda tidak begitu berminat. Tetapi anak lelaki saya akan mengambil alih perniagaan ini.

"Buat masa ini, dia sedang menumpukan tugas perkhidmatan pelanggan dan aspek tenikal dalam perniagaan seperti memasarkanya secara dalam talian di laman web kami," katanya.

Menurut Kuo, beliau mempunyai perancangan yang besar untuk perusahaannya tetapi ia perlu dilakukan satu demi satu dengan menunaikan hasratnya dengan cara yang berkemampuan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain