Sudah Tiba Masanya Kelantan Perlukan Kepimpinan Baru - PM

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah tiba masanya Kelantan memerlukan kepimpinan yang baru untuk melakukan pembaharuan di negeri itu.

Beliau berkata, seperti Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat yang sudah pun berusia 82 tahun tetapi masih lagi memimpin negeri itu.

"Ambo (saya) hormat Nik Aziz ini, orangnya lagi tua. Tapi bak kata 'orang putih' (Inggeris) mesti ada 'reality check' (sedar). Dia sudah pun 82 tahun... tetapi hari ini kita bercakap tentang pembaharuan dan abad ke-21.

"Dia (Nik Aziz) berumur 82 tahun, boleh ke buat pembaharuan? Di China, dibuat dasar bahawa pemimpin utama negara itu pada umur 70 tahun lebih sikit kena bersara. Tetapi dia masih ada lagi... 82 tahun pun bertanding lagi (dalam pilihan raya). Macam mana nak bawa pembaharuan kepada negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tuisyen Percuma Yayasan Orang Kota Baru (OKB) Parlimen Kota Baru di Maktab Sultan Ismail dekat sini, Khamis.

Najib berkata, Nik Aziz boleh menjadi Mursyidul Am PAS, tetapi sekiranya hendak mentadbir negeri dan menerima idea baru, kepimpinan yang segar amat diperlukan.

"Ia mestilah kepimpinan yang segar, ada tenaga yang mampu untuk membawa perubahan kepada negeri Kelantan.

"Saya yakin bila-bila masa pemimpin kita (Barisan Nasional) yang kita ketengahkan boleh bawa pembaharuan kepada Kelantan," katanya.

Menurut Najib, sebab itu pilihan raya kali ini adalah untuk menentukan hala tuju negara ini dan bukannya siapa yang akan menjadi pemimpin.

"Kita kena pilih parti dan pemimpin yang ada wawasan, agenda untuk negara. Dan kebolehpercayaan untuk memenuhi harapan kita supaya hari esok lebih baik dan lebih bersinar dari hari ini," katanya.

Beliau menambah, negeri-negeri lain hanya memerlukan lima tahun sahaja untuk dikembalikan kepada BN tetapi Kelantan masih di bawah pimpinan PAS selama 23 tahun.

"Kalau ada anak yang lahir, dah boleh pun jadi pengundi... tetapi (Kelantan) masih kekal dengan PAS. Masanya sudah tiba, kali ini (pilihan raya) lebih baik daripada 2008, 2004. Pada 5 haribulan (Mei), kita sama-sama tukar kerajaan di Kelantan kepada Barisan Nasional," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan