Bimbang Hilang Kerusi Di Perak, Nizar Rayu Rakyat Balik Mengundi

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pakatan Rakyat (PR) menyatakan kebimbangannya tentang kemungkinan kehilangan kerusi yang dijangka boleh menang di Perak berdasarkan dakwaan berlaku kepincangan dan isu-isu yang menimbulkan keraguan menjelang pilihan raya.

Pengerusi PR Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, di atas dasar itu beliau merayu kepada seluruh anak Perak yang mendaftar sebagai pengundi supaya pulang mengundi.

"Saya merayu kepada 10 ribu anak Perak yang tinggal di luar Perak supaya balik mengundi.

"Akhir-akhir ini beberapa kepincangan berlaku maka saya berasa cukup khuatir bahawa tanggapan kami Pakatan Rakyat boleh menang sejumlah kerusi yang kita jangkakan barangkali boleh terjejas dengan apa yang berlaku," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini, Khamis.

Menurut Mohd Nizar, PR menjangka sebanyak 38 kerusi boleh menang di DUN di Perak.

Beliau turut menyatakan kebimbangan PAS Perak yang sebelum ini mendakwa telah mengenal pasti seramai 35,425 pengundi yang diragui dalam daftar pemilih di negeri ini.

"Berdasarkan angka ini kami cukup khuatir kalau apa yang kami kerja kuat sampai tengah malam kebelakangan ini habis rosak sebelanga," ujarnya.

Beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS negeri turut mempertikaikan tentang isu penggunaan dakwat kekal dan percubaan membuka peti undi awal yang berlaku di Manjung awal pagi Khamis.

Katanya kejadian seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli dakwat tersebut.

"Saya pergi kepada seorang pengundi di Changkat Jering ketika proses pengundian awal dan mendapati dakwat hilang apabila dicuci hanya dengan air embun," katanya.

Beliau berkata adalah mustahil dakwat yang dibeli di luar negara tidak menerangkan tentang cara-cara penggunaannya.

Beliau merujuk kepada SPR yang sebelum ini berkata dakwat yang tidak digoncang menyebabkan ia tidak kekal.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan