Ada ‘penyembuh’ untuk kanser usus

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANSER 'colorectal' yang juga dikenali sebagai kanser usus adalah penyakit barah yang utama bagi orang lelaki dan ketiga paling banyak menyerang kaum wanita di negara ini.

Insiden penyakit ini pula adalah yang paling tinggi bagi mereka yang berbangsa Cina.

Setiap tahun di seluruh dunia, terdapat 655,000 kematian daripada kanser jenis ini. Kanser usus menjadi kes kanser ketiga yang paling utama serta kedua sebagai penyebab kematian kerana kanser di dunia barat.

Bagaimanapun jumlah kes kanser ini agak stabil di kebanyakan negara barat.

Di Asia, terutama di negara seperti Jepun dan Singapura, jumlah kes kanser semakin meningkat dalam jangkamasa 10 tahun yang lepas.

Kanser usus juga telah mengambil alih kanser paru-paru sebagai kanser utama yang menyerang lelaki.

"Dahulu, kanser usus bukanlah sesuatu yang biasa di Jepun, Singapura atau negara Asia yang lain. Satu teori adalah diet mereka ini bertukar corak mengikut diet negara barat.

"Tengok pada diet yang mirip negara barat di Jepun. Mereka sekarang kurang makan serat dan minum lebih alkohol serta makan lebih daging.

"Saya tak mengatakan yang daging faktor penyebab kanser. Tetapi tabiat pemakanan boleh jadi satu faktor. Diet memainkan peranan utama. Ini mungkin boleh menjelaskan kenapa insiden kanser kolon semakin meningkat di negara seperti Malaysia, Singapura dan Jepun", menurut Presiden Persatuan Onkologi Malaysia Datuk Dr Mohamed Ibrahim Abdul Wahid.

Kanser boleh disembuh

"Kanser boleh sembuh kalau disedari lebih awal".

Inilah mesej yang sentiasa diberi para doktor. Tetapi bagi kanser, pesakit mungkin memerlukan beberapa jenis rawatan.

Menurut Dr Mohamed Ibrahim, rawatan untuk kanser adalah sesuatu yang komplek dan mencabar. Jika kanser usus disedari pada peringkat yang masih awal dan tidak lagi merebak, ianya boleh disembuh.

"Jika disedari pada peringkat yang kemudian, peluang untuk baik adalah tidak cerah. Rawatan berlainan diperlukan bagi peringkat awal dan peringkat yang lanjut dan dengan kaedah yang berbeza, kami akan melihat berapa lama pesakit boleh hidup dalam masa lima tahun.

"Kita tak melihat kepada jangkaan hayat mereka tetapi bagaimana mereka meneruskan survival. Adakah mereka dalam keselesaan atau sebaliknya", kata Dr Mohamed Ibrahim.

Pakar onkologi perlu menilai beberapa aspek sebelum membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik bagi pesakit. Pembedahan merupakan pilihan atau pilihan utama manakala kemoterapi atau radioterapi mungkin dicadangkan bergantung kepada keadaan pesakit dan faktor perubatan yang lain.

Perkembangan terkini rawatan kanser

Seperti mana terdapat pelbagai jenis penyakit kanser begitu jugalah ada banyak jenis rawatan untuk kanser.

Bagi sesetengah orang, mereka mungkin terdengar tentang satu atau dua kaedah rawatan kanser tetapi doktor mungkin menggabungkan beberapa jenis terapi bukan sahaja untuk 'membuang' kanser tersebut, juga untuk memastikan bahawa kanser tersebut tidak akan kembali.

Pakar Runding Onkologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Christina Ng berkata kemampuan doktor mengenalpasti sel kanser secara spesifik adalah satu penemuan yang luarbiasa.

Ini membantu sel-sel tersebut menjadi 'sasaran' dan dilemahkan, lantas membantutkan pembesaran kanser itu.

Rawatan seperti ini adalah pencapaian yang signifikan jika dibandingkan dengan kaedah konvensional seperti kemoterapi yang membunuh semua sel yang ada.

"(Rawatan) ini diasaskan kepada pemahaman yang sel-sel kanser membesar lebih cepat daripada sel yang normal jadi sel kanser akan binasa terlebih dahulu.

"Bagaimanapun ada sel lain yang membesar dengan cepat seperti sel usus, sum-sum tulang, folikel rambut dan rahim. Ini juga akan binasa".

Cetuximab

Sementara itu, terapi sasaran seperti Cetuximab hanya menyerang sel kanser.

Cetuximab boleh melekat pada reseptor faktor pembesar epidermal (EGFR) dan menyekat sel kanser daripada menerima nutrien untuk pembesaran dan percambahan.

"Ini menghalang tumor daripada menyerang tisu normal dan perebakan tumor itu kepada organ yang lain. Cetuximab sebenarnya membuat sel kanser 'kebuluran' dan oleh itu kaedah terapi sasaran mempunyai kesan sampingan yang kurang".

Menurut Global Cancer News, Cetuximab merupakan antibodi monoklonal yang boleh digunakan bagi rawatan barah usus, leher dan kepala.

Cetuximab, yang mempunyai penanda bio prediktif adalah rawatan 'barisan hadapan' bagi kanser colorectal bermetastasis, membantu dalam pemilihan pesakit yang sesuai untuk kaedah terapi ini.

Penanda bio ini, dinamakan KRAS, adalah protin yang mengawal EGFR.

Persepsi terhadap kanser

Menurut Daftar Majlis Barah Kebangsaan, terdapat beberapa situasi dan pengalaman yang menimbulkan pelbagai persepsi terhadap kanser. Namun bukan semua daripada persepsi ini adalah benar.

Terdapat juga beberapa mitos terhadap kanser colorectal. Ada yang percaya kanser ini hanya menyerang lelaki tetapi pada hakikatnya barah ini menyerang kedua-dua jantina, baik lelaki mahupun wanita.

Juga adalah tidak benar kanser usus tidak boleh dihalang kerana amaran awal tentang kehadiran tanda dan gejala seperti adanya 'polyp' boleh membantu dalam rawatan kerana polyp boleh dibuang sebelum kanser tersebut membesar dan merebak.

Bagi mereka yang mempunyai persepsi tentang kanser boleh menyerang pada sebarang usia, kebanyakan daripada kes kanser usus di Malaysia melibatkan mereka yang berumur lebih 40 tahun.

Ia juga merupakan satu mitos bila dikatakan rawatan kanser membinasakan kedua-dua sel normal dan sel kanser.

Hakikatnya doktor mempunyai opsyen rawatan seperti surgeri, radioterapi, kemoterapi dan terapi sasaran.

"Kesan sampingan seperti rasa mual dan muntah boleh dikawal dan diurus. Adalah penting untuk ambil aspek ini (kesan sampingan) dari segi perspektif. Ini tidak bermakna rawatan kanser tidak efektif, kata Dr Mohamed Ibrahim.

"Ramai juga yang mengambil perubatan alternatif kerana mereka percaya rawatan alternatif boleh menyembuh barah. Tetapi mereka ini harus sedar akan hakikat kaedah rawatan kanser perlu melalui ujian yang intensif serta pembuktian secara saintifik sama ada mujarab atau sebaliknya.

"Sehingga kini, tiada ujian serta pengesahan akan keberkesanan kaedah perubatan alternatif terhadap kanser", tambah beliau. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan