111 Graduan ALAM Sedia Bergelar Kelasi

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 10:15 PM

Antara pelajar yang memperoleh skrol mereka pada majlis konvokesyen ALAM yang ke-113.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 111 graduan yang menamatkan pengajian di Akademi Laut Malaysia (Alam) pada Isnin sudah bersedia memulakan kerjaya dalam bidang kelasi yang penuh mencabar.

Ini kerana, graduan tersebut antara yang pertama menjalani latihan wajib mengikut Konvensyen Antarabangsa Piawaian Latihan, Pensijilan dan Pengawasan Untuk Kelasi (Pindaan Manila 2010).

Ketua Pengarah Laut,  Datuk Baharin Abdul Hamid berkata, beliau yakin kualiti latihan yang disediakan Alam kerana mematuhi sepenuhnya Konvesyen STCW dan dipantau serta diaudit oleh Jabatan Laut Malaysia.

"ALAM adalah akademi maritim global terkemuka, berada di kedudukan teratas pusat latihan terbaik di dunia pada hari ini.

"Ia juga mematuhi keperluan pihak berkuasa maritim di seluruh duni termasuk Agensi Pengawal Pantai Maritim UK, Agensi Keselamatan Maritim Australia, Direktorat Maritim Norway dan Agensi Keselamatan Maritim Eropah," katanya semasa merasmikan majlis konvokesyen itu pada Selasa.

Graduan ALAM diambil bekerja oleh syarikat dari pelbagai negara termasuk Jepun, Singapura dan Australia yang meluluskan kualiti latihan yang diberikan.

Seramai 73 graduan pada Selasa mendapat tajaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) manakala 15 pelajar lagi ditaja oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Majlis konvokesyen itu turut menyaksikan kejayaan kerjasama antara ALAM dan organisasi perkapalan dari Timor-Leste dan Australia.

Seramai 10 pelajar dari Timor-Leste berpeluang untuk melanjutkan pengajian mereka di ALAM.

Majlis konvokesyen yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga graduan.

Pada majlis itu, empat pelajar menerima anugerah "Rating Terbaik'.

Bagi kategori Pelajar Terbaik Keseluruhan dimenangi Vijayabaskar Natarajan kerana pencapaian cemerlangnya dalam bidang akademik dan ko-kurikulum sepanjang tempoh pengajian selama enam bulan di ALAM.

Amir Hamzah Bin Mazlan pula dinobatkan sebagai naib johan bagi kategori tersebut.

Sementara itu, Mohd Ammar Bin Abdul Hamid Sagas dinobatkan sebagai 'Pelajar Terbaik' bagi program dek manakala Julio Da Costa De Jesus dari Timor-Leste bagi program enjin.


Tags / Kata Kunci: ALAM , majlis konvokesyen

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan