Pensyarah dan Pelajar USM Ke Pattani - Kampus | mStar

Pensyarah dan Pelajar USM Ke Pattani

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 6:19 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sekumpulan 34 penuntut dan seorang pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM) akan menyertai kembara tiga hari ke Pattani, Selatan Thailand bermula Jumaat.

Kembara itu membawa misi menyebar idea keamanan di wilayah bergolak tersebut, kata Penyelaras Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian USM, Prof Dr Kamarulzaman Askandar.

Beliau berkata, kumpulannya akan bekerjasama dengan lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi di wilayah itu dalam bertukar idea selain mengadakan aktiviti yang dapat memberi kefahaman tentang proses dan kepentingan mewujudkan budaya keamanan.

Kamarulzaman berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran laman web Pattani Institute oleh Pengarah Pusat Komunikasi Strategik USM, Prof Dr Azizi Bahauddin, di sini pada Khamis.

Laman web www.pataniinstitute.org itu bertujuan mengumpul data serta maklumat terkini berkaitan konflik di Pattani selain memuatkan penerbitan kertas kerja dan penyelidikan penuntut serta pensyarah terlibat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan