Kias Akan Dibangun Sebagai Kolej Universiti Islam - CEO

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) di Nilam Puri dekat sini akan dibangunkan setaraf sebuah kolej universiti Islam mulai tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baru, Prof Dr Abdul Aziz Mohd Zain berkata Akademi Yakin Sdn Bhd (AYSB) dan pihak pengurusan kolej telah menyediakan peruntukan RM26 juta bagi tujuan tersebut.

"Peruntukan di bawah fasa pertama akan dimulakan tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh empat tahun," katanya kepada Bernama selepas majlis menerima tugas dari bekas CEO Kias, Datuk Dr Prof Johari Mat di sini Isnin.

Beliau berkata permohonan untuk menaikkan taraf kolej itu sebagai kolej universiti sedang menunggu kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi.

Johari, 60, kini dilantik sebagai Senator. Abdul Aziz, 63, sebelum ini memegang jawatan Dekan Fakulti Akademi Islam Universiti Malaya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Lembaga Pengarah AYSB, Datuk Mohamad Daud dan Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin), Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.

Abdul Aziz berkata Kias akan memperkenalkan dua program baru iaitu Diploma Perbankan Islam dan Diploma Pendidikan Islam bagi pengambilan Jun ini.

Kias kini mempunyai 1,200 pelajar termasuk lebih 100 pelajar asing antaranya dari Thailand, Indonesia, Kemboja, China dan Indonesia, katanya.

Beliau berkata kebanyakan daripada 53 pelajar China mengambil jurusan bahasa Arab dan dakwah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan