Penyelidikan Naik Taraf Ketam Nipah

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sedang melakukan kajian untuk membiakkan benih ketam nipah yang bermutu bagi menampung kepupusan ketam tersebut.

Pensyarah Kanan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli UMK, Dr Lee Seong Wei berkata kajian itu dengan kerjasama Pusat Pengeluaran Perikanan Ikan Laut, Jabatan Perikanan Terengganu bermula sejak awal tahun lepas dan dijangka siap akhir tahun ini.

Beliau berkata berkata ketam nipah atau nama saintifiknya "Scylia Serrata" dan lebih dikenali sebagai ketam nyior di utara Semenanjung adalah antara spesis ketam yang mendapat permintaan tinggi di hotel serta restoran eksklusif.

"Dengan harga pasaran ketam nipah mencecah sehingga RM28 hingga RM40 untuk sekilogram, industri penternakan ketam nipah ini mampu memberi pulangan lumayan kepada penternak berbanding hasil ternakan makanan laut yang lain.

"Ini mendorong pihak universiti membuat kajian mengenai pembenihan ketam nipah ini," katanya kepada Bernama.

Dr Lee berkata aktiviti ternakan ketam nipah di negara ini masih kurang popular berbanding dengan ternakan ikan dan udang berikutan faktor sumber benih yang terhad dan sehingga kini benih ketam nipah hanya diperolehi daripada sumber semula jadi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan