Kolej Swasta, Politeknik Diukur MyQuest Dan PolyRate Mulai Tahun Ini

Diterbitkan: Isnin, 17 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua kolej swasta di seluruh negara akan dinilai melalui Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST) bagi memastikan tahap pendidikan yang ditawarkan memenuhi kriteria, mulai tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata politeknik pula akan diukur oleh Sistem Penarafan Politeknik (PolyRate) yang juga akan dilaksanakan pada tahun ini, bagi memastikan sistem pendidikan kemahiran peringkat tinggi menepati kualiti yang ditetapkan.

Katanya MyQUEST akan mengukur tahap kualiti pendidikan kolej swasta dan pengukuran penarafan dibuat berdasarkan penilaian laporan kolej, laporan kluster dan laporan pelajar antarabangsa yang bertujuan meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi (IPT) negara.

"Jika sebelum ini kita sudah mempunyai Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (Setara) untuk mengukur pencapaian universiti dan kolej universiti, MyQUEST pula untuk kolej-kolej swasta yang sedia ada," katanya selepas menyampaikan amanat tahun baru kepada warganya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Isnin.

Terdahulu, beliau turut melancarkan MyQuest dan Garis Panduan Integriti Ahli Akademik IPT, di sini.

Khaled berkata terdapat sebanyak 402 buah kolej swasta yang berdaftar dengan kementerian, pada masa ini.

Mengulas mengenai PolyRate, beliau berkata pihak perunding telah dilantik untuk membangunkan instrumen bagi mengumpul, menganalisis data dan membuat laporan penarafan politeknik.

"Hasil keputusan kedua-dua penilaian MyQUEST dan Polyrate akan diketahui pada penghujung tahun ini," katanya.

Sementara itu, beliau turut menggalakkan konsep Parlimen Mahasiswa diwujudkan di semua IPT sebagai platform golongan mahasiswa mengutarakan pandangan berhubung isu-isu semasa dan yang berkaitan.

Katanya beliau percaya konsep tersebut akan menjadi infrastruktur intelektual yang menggabungkan suara mahasiswa di semua peringkat kepimpinan sekiranya ia diteruskan ke peringkat kebangsaan.

"Bagi mencapai tujuan tersebut, dua pertiga daripada IPT seluruh negara perlu mempunyai Parlimen Mahasiswa masing-masing. Buat masa ini, ia hanya terdapat di Universiti Sains Malaysia (USM) sahaja," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan