UUM Tuan Rumah Kejohanan Golf Universiti Asean

Diterbitkan: Khamis, 3 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) dipilih bagi menganjurkan kejohanan Golf Jemputan Universiti Asian 2010 selama dua hari mulai 14 Jun ini.

Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi berkata setakat ini tujuh pasukan tempatan dan enam universiti luar seperti dari Thailand, Indonesia dan Filipina mengesahkan menyertai kejohanan.

"Beberapa universiti lagi termasuk dari Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Korea dan Singapura dijangka menyertai kejohanan pertama kali diadakan itu sebelum penyertaan ditutup pada 8 Jun," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata pemilihan UUM dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan kejohanan itu akan dijadikan sebagai acara tahunan dalam kalendar Persatuan Golf Malaysia.

UUM merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi awam di negara ini yang mempunyai padang golf sendiri dalam kawasan kampus iaitu sebanyak sembilan lubang dan dipercayai sedang dinaik taraf untuk mempunyai 18 lubang.

Kejohanan jemputan itu bagaimanapun akan berlangsung di Kelab Golf Darulaman di Jitra dan Balck Forest Golf and Country Club di Bukit Kayu Hitam.

"Kejohanan ini juga menjadi medan untuk mencari pemain berbakat bagi mewakili negara ke kejohanan Sukan Universiti Asean di Chiangmai, Thailand pada 15 hingga 23 Disember tahun ini," kata Dr Nordin.

Beliau berkata UUM juga diamanahkan oleh KPT sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan Golf Institut Pengajian Tinggi di Malaysia dan telah menubuhkan Akademi Golf yang bertujuan melahirkan pemain profesional atau tenaga pengajar.

"Akademi ini dilengkapi dengan kemudahan R&D dan pembelajaran terkini yang disokong oleh tenaga pengajar profesional di mana kumpulan pertama seramai 10 orang pemain akan memulakan kelas Julai ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan