UITM Teruskan Kerjasama 25 Tahun Dengan Proton

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), hari ini meneruskan kerjasama yang terjalin sejak 25 tahun lepas, menerusi satu perjanjian persefahaman (MoU) membabitkan hubungan industri dan berkongsi kepakaran.

MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor UiTM Datuk Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang mewakili UiTM, dan Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mewakili Proton.

"UiTM telah menjalinkan kerjasama dengan Proton sejak awal kemunculan kereta nasional pertama kira-kira 25 tahun lepas, dan hari ini, satu MoU ditandatangani bagi meneruskan hubungan industri yang telah sedia terjalin," kata Sahol Hamid ketika berucap pada majlis itu di sini hari ini.

Beliau berkata MoU itu akan menumpukan terhadap perkongsian kepakaran dan percambahan ilmu selain melahirkan graduan yang cekap serta profesional dalam industri automotif membabitkan bidang teknikal dan kemahiran perniagaan.

Skop utama perjanjian itu ialah mewujudkan gandingan aktiviti dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) inovatif yang berkaitan dengan industri kenderaan, termasuk mengadakan program pertukaran penyelidik, pakar akademik dan pelajar, katanya.

"Melalui MoU ini juga, UiTM dan Proton boleh berkongsi kemudahan dalam program penyelidikan yang dipersetujui bersama serta bekerjasama menyediakan bahan penulisan serta jurnal dan penerbitan," katanya.

Sahol Hamid juga berkata UiTM dan Proton akan bekerjasama dalam mengendalikan seminar, persidangan dan bengkel yang berkaitan dengan projek membabitkan industri automotif.

Beliau berkata pelajar UiTM juga berpeluang mendapatkan latihan industri dan pengalaman pekerjaan sebenar dalam industri automotif di Proton.

Sementara itu, Syed Zainal berkata MoU itu juga sebagai langkah menggunakan kepakaran tempatan yang dilihat mampu membantu memajukan Proton menambah baik teknologi sedia ada melalui kajian yang dilakukan oleh pihak UiTM.

Beliau berkata langkah itu juga sebagai persediaan memantapkan lagi Proton yang bakal menyambut jubli perak tahun ini, sejajar dengan tahun inovasi yang akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.

"Melalui usaha sama ini, kita boleh berkongsi kepakaran dalam pelbagai bidang, terutama membabitkan R&D untuk kebaikan bersama memandangkan ilmu yang ada perlu dikongsi supaya ia menjadi lebih baik dan berguna," katanya pada majlis yang sama. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan