Nostalgia 60an AnCasa Hotel Hidang Menu, Hiburan Tradisional

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

NOSTALGIA 60AN menjadi tema pilihan AnCasa Hotel & Spa di ibu negara bagi meraikan pengunjung dengan 120 hidangan bufet Ramadan, gabungan menu tradisional Melayu dan India.

Iftar kali ini juga tambah menarik apabila pelbagai pembuka selera berasaskan masakan tradisional boleh didapati antaranya Apam Balik, Sate, Asam Laksa, Kambing Golek, aneka pilihan Sup Setapak termasuk gerai secara 'live' yang pasti membangkitkan selera pengunjung.

Selain itu, pengunjung juga boleh mencuba hidangan istimewa seperti Nasi Kerabu, Ikan Bakar, Burung Puyuh, Sambal Udang, Dhalca Sayur, tidak ketinggalan, Nasi Kandar yang menjadi kegemaran ramai.

Eksekutif Sous Chef, Yohanis Jalaludin berkata, hidangan bufet menarik disini diilhamkan daripada gabungan idea mantap antara saya, Chef Mariam dan Chef Syukri dimana kami akan mempamerkan hidangan enak dengan menggunakan 1001 jenis rempah ratus rahsia bagi menghasilkan makanan yang lazat buat anda seisi keluarga.

Pelbagai aneka minuman seperti Sirap Selasih, Air Mata Kucing, Susu Soya, Air Jagung, Teh Tarik dan juga manisan yang ditawarkan kerana percaya pastinya ia menjadi pilihan anda Ramadan ini. 

Tambah menarik apabila pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan muzik Ghazal secara langsung dengan pilihan lagu-lagu klasik yang menjadi halwa telinga buat mereka yang sedang menikmati juadah berbuka.

Pakej sajian Ramadan di hotel ini dibuka setiap hari sehingga 3 Julai 2016, bermula dari pukul 7 malam hingga 10 malam dan hanya dikenakan bayaran RM68 untuk dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Sebarang tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Saffron Brasserie di talian 03-2026 6060 sambungan 7703 atau talian bebas tol di 1-300-88-0032.


Tags / Kata Kunci: AnCasa Hotel , Nostalgia 60an , Ghazal

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan