suria

KFC Perkenal Hidangan Iftar Kari-Kari Ranggup

SEMPENA Ramadan ini, KFC tampil dengan menu baharu untuk seluruh rakyat Malaysia hasil gabungan adunan ayam goreng bersama rempah kari istimewa iaitu Kari-Kari Rangup.

Pengurus Besar QSR Brands (M) Holding Sdn Bhd, Sharifah Musianah Syed Alwi berkata, Kari-Kari Rangup ini merupakan resepi ayam goreng khas yang disaluti dengan gabungan rempah asli dan kari.

"Apabila kita bercakap mengenai ayam goreng, semestinya kita terus terfikirkan KFC kerana keranggupan rempah dan ayam yang disajikan memikat hati semua sejak diperkenalkan pada 1973 di Jalan Tunku Abdul Rahman.

"Kita sedia maklum kari merupakan simbol kepada masakan di Malaysia, jadi di bulan yang mulia ini, KFC menggabungkan rempah kari dan ayam di dalam satu resepi yang cukup istimewa," katanya.

Sharifah (kiri) bersama Pengurus Kanan Pemasaran KFC  Angelina Villanueva menampilkan Kari-Kari Rangup yang sesuai untuk iftar sepanjang Ramadan ini.

Menurut beliau lagi, keunikan Kari-Kari Rangup ialah ayam tersebut dihidangkan bersama nasi kolonel yang enak dan juga coleslaw.

Set baharu tersebut menjadikan ia satu gabungan yang sempurna untuk juadah berbuka puasa.

Disamping itu, KFC juga memperkenalkan tagline Penuh Rasa, Penuh Kesyukuran sempena Ramadan ini untuk menarik ramai pelanggan menikmati juadah berbuka puasa bersama rakan dan taulan.

KFC Kari-kari Rangup ini boleh didapati di semua cawangan KFC yang berdekatan dan dijual pada harga RM12.90 untuk setiap set yang mengandungi dua ketul ayam, nasi kolonel atau kentang goreng, coleslaw dan air minuman manggo khas yang diberi nama 'Sjora'.

Untu set kombo sembilan atau 15 ketul ayam pula dijual pada harga RM46.90 dan RM69.90. Ia turut dihidangkan bersama coleslaw bersaiz besar, kentang lenyek bersaiz besar serta sebotol air berkarbonat Pepsi.

Selain itu, KFC juga turut menjalankan peraduan #KFCKipKamKariOn di laman social Facebook, Instagram dan Twitter untuk berpeluang memenangi hadiah mingguan bernilai RM200. Layari kfc.com.my untuk maklumat lanjut.


Kari-Kari Rangup, KFC

Artikel Sebelum

Fettuccine Alfredo

Artikel Berikut

Artikel Lain