Mi Kari

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 7:00 AM

Gambar hiasan: Mi kari.

(Ubah saiz teks)

MENGHIDANGKAN juadah yang menyelerakan untuk tetamu pastinya suatu kemestian untuk tuan rumah supaya ia menjadi memori indah untuk semua di Aidilfitri.

Bahan:

1 kg mee kuning - celur dan toskan 

Taugeh - buangkan kaki/akarnya 

Bawang goreng 

fish ball/fish cake - dicelur dan dipotong

Bahan Hiris:

Tahu - digorong dan potong dadu 

Daun bawang & daun sup
 
Cili merah 

Limau kasturi/limau nipis 

Bahan Kuah: 

1/2 kg ayam - potong kecil 

200 gm udang 

semangkuk isi kerang - direbus

2 sudu besar cili mesin
 
3 sudu besar rempah kari 
 
5 cawan santan - diperah dari 1 biji kelapa 

2 kuib ikan bilis

minyak

garam 

Bahan mesin untuk tumis: 

4 batang serai 

1 inci halia 

2 tangkai daun kari

1/2 inci lengkuas 

5 ulas bawang kecil 

2 ulas bawang putih 

Cara:

Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah dan biarkan naik minyak.

Masukkan ayam, udang, kerang dan santan, biarkan reneh sehingga naik minyak. 

Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi atau siapkan sambal cili kicap.

Tags / Kata Kunci: mi kari

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan