suria

Hidangan Halal Terbaik Dari Atas Kapal SuperStar Libra

PETALING JAYA: Status halal makanan merupakan perkara utama yang sering kali menjadi persoalan bagi mereka yang suka melancong terutamanya penggembara ke luar negara.

Apatah lagi jika percutian itu dilakukan di atas kapal mewah, masalah makanan yang dihidangkan sering kali diragui status halalnya.

Namun begitu, Star Cruises, sebuah syarikat kapal pelayaran terkenal Asia tidak terlepas pandang hal berkenaan dalam usaha memberi keselesaan kepada pelancong khususnya mereka yang beragama Islam.

Hidangan terbaik daripada air tangan Cef Rashidi.

Ini kerana syarikat berkenaan menerusi kapal mewahnya, SuperStar Libra yang menawarkan pakej percutian ke Phuket dan Krabi turut memperkenalkan sentuhan dari air tangan cef-cef hebat dalam usaha mempromosikan makanan terbaik Asia.

Sambil menimmati keindahan atas kapal sebelum tiba ke lokasi percutian, masalah berkenaan tidak lagi menjadi fokus utama kerana dua restoran berbayar dalam kapal tersebut iaitu Spices dan Blue Lagoon menyediakan makanan halal buat pelanggan.

Restoran yang terletak di dek 10 kapal itu turut menerima pensijilan halal dan menjadikan Star Cruises sebagai sebuah syarikat perkapalan pertama yang menerima pengiktirafan tersebut.

Selain hidangan istimewa dari rantau Asia, pelancong boleh mencuba hidangan lazaz yang menjadi pilihan di Pulau Pinang hasil air tangan cef-cef hebat yang menerima anugerah pertandingan Penang International Halal Chef Challenge 2014 dan 2015.

Antara menu makanan yang disediakan termasuklah  nasi putih bersama ulam-ulaman, kambing masak kurma, kari udang galah, kari daging bersama kentang, sotong goreng berempah dan ayam masak kayu manis.

Kari kepala ikan hidangan yang menjadi sebutan.

Tidak dilupa hidangan-hidangan istimewa seperti ayam percik sri menanti dan udang galah kuzi yang disediakan oleh pemenang anugerah dan pingat Sous Chef iaitu Rashidi Mohd.

Sementara itu menurut Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Hotel, Genting Hong Kong Limited, Ang Moo Lim, kapal pelayaran itu juga  menawarkan pengalaman bercuti yang unik untuk para pelancong serta peluang  menikmati pelbagai masakan terkenal dari Asia, semasa berlayar di atas SuperStar Libra.

“Negeri Pulau Pinang yang juga merupakan pangkalan kepada kapal SuperStar Libra sememangnya kaya dengan budaya dan amat terkenal dengan kepelbagaian makanannya.

“Oleh yang demikian, kami ingin memastikan bahawa masakan-masakan popular dari Pulau Pinang dan juga di rantau ini turut disediakan untuk dinikmati oleh semua para tetamu yang belayar di atas kapal SuperStar Libra,” katanya.

Selain restoran Spices, pelancong-pelancong yang menyertai pelayaran kapal SuperStar Libra turut berpeluang menikmati lebih banyak hidangan dari rantau Asia dan Malaysia di Restoran Blue Lagoon yang juga terletak di dek sama.

Udang galah kuzi.

Pelbagai hidangan menarik yang menanti  termasuk pilihan-pilihan baru seperti kari kepala ikan, sate kampung daging dan ayam, udang cili ala Singapura, nasi goreng sambal serta pelbagai hidangan popular seperti nasi lemak dengan rendang ayam dan juga nasi ayam Hainan.

Bagi peminat mi pula boleh mencuba sup bihun ikan dan juga ‘Hokkien Char’, char kuew tiau, mi sup udang, mi wanton, mi Hor Fun, kari laksa dan mi goreng mamak.

Kesemua makanan itu pastinya menambat hati para penggemar makanan.

Untuk mencuba destinasi percutian dan suasana yang baru, anda bolehlah meluangkan masa melayari www.starcruises.com  
SuperStar Libra, Star Cruises

Artikel Sebelum

Salad Tuna

Artikel Berikut

Artikel Lain