suria

Nikmati Laksa Sempena 'Karnival Laksa Antarabangsa Langkawi'

Chef Joe (kiri) bersama pelakon Farouk Hussain (kanan) bersama Siti Harah, yang mahir masakan laksa dari Langkawi.
KUALA LUMPUR: Karnival Laksa Antarabangsa Langkawi (LILAC) 2015 anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan diadakan di Laman Padi, Pulau Langkawi bermula pada 29 hingga 31 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid Ramli berkata penganjuran kali ke-4 ini mampu menarik lebih ramai pelancong ke Langkawi untuk menikmati kepelbagaian jenis laksa.

Tan Sri Khalid Ramli

“Kami memberi perhatian dalam membangunkan aktiviti pelancongan disamping membawa makanan sebagai daya tarikkan.

“Pada tahun lalu, LILAC berjaya menarik 30,000 pengunjung dan jumlah tersebut meningkat sebanyak 15,000 semenjak karnival ini diwujudkan,” katanya pada sidang media pelancaran LILAC 2015 di Menara Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Beliau menambah, sektor makanan dan minuman juga merupakan penyumpang kepada peningkatan ekonomi negara.

“Berdasarkan kajian yang dijalankan, sebanyak 20 peratus pelancong memilih makanan apabila berada di Malaysia.

“Sekarang Langkawi menerima pelancong sebanyak 3.8 juta setahun maka dari jumlah ini, hampir RM600 ribu akan disasarkan dalam sektor makanan dan minuman,” jelasnya.

Tema LILAC pada kali ini adalah sweet, sour and savoury (manis, masam dan menyelerakan) sempena meraikan kepelbagaian jenis laksa serta kelazatan kuih muih tradisional dari serata negei di Malaysia dan Asia.



Penganjuran kali ke-4 ini juga adalah untuk mempromosikan keistimewaan, keunikan dan keharmonian adat serta budaya melalui acara masakan dan kulinari kepada para pelancong yang hadir.

Antara aktiviti lain yang diadakan termasuklah pertandingan memaksa dan inovasi laksa tradisional, persembahan the tarik dan pelbagai lagi.

Karbival berkenaan akan turut dimeriahkan dengan kehadiran empat chef selebriti terkenal antarabangsa dan tanah air iaitu Chef Farah Quinn, Masterchef Malaysia Chef Joe dan Chef Sherson Lian serta selebriti tanah air, Farouk Hussain.
Laksa, Langkawi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain