Ayam Masak Kerutuk - Jamu Selera | mStar

Ayam Masak Kerutuk

Diterbitkan: Sabtu, 2 Ogos 2014 1:00 AM

Ayam Masak Kerutuk

(Ubah saiz teks)

KATANYA kerutuk sering dimasak keluarga di Pantai Timur terutama di Aidilfitri, jadi bagi yang tidak pulang ke kampung mungkin dapat mengubat rindu dengan menyediakan hidangan ini.


Ayam Masak Kerutuk
1 ekor ayam - dipotong 16 

Bahan kisar:
2 labu bawang besar
3 bawang putih
sedikit halia

Bahan lain:
4 sudu besar rempah kerutuk
5 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 serai - dititik
asam keping
sedikit kerisik
Kulit kayu manis, bunga lawang - untuk menumis
garam dan gula
semangkuk santan

Cara
Panaskan minyak, masukkan bahan penumis, kemudian masukkan bahan yang dihiris dan bahan yang dikisar. Tumis hingga wangi dan kering. Seterusnya masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata dan masukkan ayam serta sedikit santan. Masak dengan api perlahan hingga air ayam kering dan santan naik minyak.
Selepas itu, masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam keping, garam dan gula. Sesuaikan kepekatan dan rasanya dan angkat.
Tags / Kata Kunci: Ayam Masak Kerutuk
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan