suria

Almond Brownies

COKLAT brownies merupakan hidangan pencuci mulut yang begitu popular dan dijual pada harga agak tinggi bagi saiz yang dipotong kecil.

Harganya akan lebih meningkat apabila ia dihidangkan bersama dengan aiskrim.

Bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai ramai anak, ia pastinya menjadi beban kepada ibu bapa.

Jadi menyediakan sendiri brownies di rumah merupakan penyelesaian terbaik lebih-lebih lagi apabila ia hanya menggunakan bahan-bahan ringkas dan mudah didapati di pasar raya.




BAHAN-BAHAN

3 biji telur
1 cawan gula
400g coklat masakan (asingkan 200g coklat dan dipotong dadu kecil)
200g mentega
2 1/4 tepung kek segera (diayak)
1 sudu kecil esen vanila
Hirisan badam
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA

1. Cairkan mentega bersama 200g coklat. (boleh guna kaedah double boiling atau masukkan dalam ketuhar gelombang mikro).
2. Dalam satu bekas lain, pukul telur bersama gula. Masukkan esen vanila.
3. Kemudian masukan coklat yang dicairkan tadi, kacau rata.
4. Masukan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata hingga sebati dengan coklat. Kemudian masukan garam dalam adunan.
5. Campurkan hirisan badam dan baki coklat yang dipotong dadu ke dalam adunan.
6. Akhir sekali masukkan adunan ke dalam loyang pembakar. Tabur baki coklat dan hirisan badam sebagai hiasan. Jangan lupa sapukan loyang dengan mentega.
7. Bakar selama 25 hingga 30 mint dalam ketuhar dengan suhu 180'c.

Tips:

Boleh juga hidangkan bersama aiskrim vanila dan coklat ganache.
Ramadan, Brownies

Artikel Sebelum

Daging Palembang

Artikel Berikut

Ayam Masak Kerutuk

Artikel Lain