Puding Buah-Buahan Kastard

Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PUDING merupakan hidangan penutup yang digemari ramai. Antara hidangan pencuci mulut yang wajib dicuba adalah puding buah-buahan kastrad.

Ia enak dimakan dalam keadaan sejuk selepas selesai makan hidang berat untuk berbuka puasa. - resipi oleh http://aziejaya.blogspot.com


Bahan untuk Puding:

1 cawan tepung kastard

4 cawan air

1/2 cawan gula pasir


Bahan Untuk Kuah:

1 tin susu cair

1 tin besar koktel buah-buahan campuran

1 1/2 tin air masak

4 sudu besar gula pasir

1 sudu teh esen vanila 


Cara-cara membuat pudingnya:

Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.

Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.

Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu 

Biarkan hingga sejuk sedikit kemudian simpan dalam peti sejuk.


Cara-cara membuat kuahnya:


Campurkan semua bahan kedalam periuk.

Kacau sebentar dengan api yang kecil untuk melarutkan gula (tak perlu hingga mendidih).

Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.

Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.


Tags / Kata Kunci: puding buah-buahan kastard

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan