Kuah Lodeh

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

MASAKAN sayuran yang menjadi tradisi Johor iaitu kuah Lodeh enak dimakan bersama nasi himpit terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun cara penyediaannya agak rumit tetapi hasilnya amat memuaskan kerana anda dapat menjamu selera bersama keluarga dan sanak-saudara tercinta pada hari istimewa.


Bahan-bahan:

12 tangkai kacang panjang - dihiris 

70 gram tauhu kering - potong kecil dan rendam hingga lembut

1 1/2 batang lobak merah - dihiris nipis

1 biji sengkuang - dihiris halus

5 keping tempe - dipotong kiub

1/2 bahagian kubis bulat - dihiris halus

2 biji kentang -dihiris halus

800 ml santan

1200 ml santan cair

Air

2 cekak soo hoon - kerat pendek

4 helai daun limau purut – dibuang urat di tengah daun

2 kiub pati ikan bilis

1 camca teh serbuk kunyit

Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumis:

3 batang serai - dititik

1 lengkuas - diketuk

Sedikit minyak 


Bahan-bahan kisar halus :

2 biji bawang besar

5 biji bawang putih

5 - 6 cili padi merah

3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan


Cara-cara:

Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. 

Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. 

Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. 

Masukkan kacang panjang, tauhu, dan kubis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih. 

Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau purut. 

Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. 

Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus.

Tags / Kata Kunci: kuah lodeh

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan