Sembilang Asam Tempoyak

Diterbitkan: Ahad, 13 Julai 2014 12:30 AM

Sembilang Asam Tempoyak

(Ubah saiz teks)

MASAKAN yang dicampur dengan tempoyak memang menyelerakan terutama jika makan dengan nasi panas. Tambahan pula ia dimasak bersama ikan dan rasanya masam-masam manis.


Kali ini, dihidangkan ikan asam tempoyak menggunakan ikan sembilang yang memang sedap rasanya.

Sembilang Asam Tempoyak

Bahan-bahan:

2 ekor ikan sembilang

1 sudu besar tempoyak

3 cawan air

3 biji cili merah - dikisar

1.5 sm kunyit hidup - dikisar

4 ulas bawang merah - dikisar

2 ulas bawang putih - dikisar

1 batang serai - dititik

sedikit timun - dipotong 

garam dan serbuk perasa secukupnya


Cara:

Ikan dibersihkan dan dipotong. Masukkan tempoyak, bahan giling, serai, air dan timun di 

dalam periuk. Biarkan mendidih masukkan ikan , garam dan serbuk  perasa secukupnya. 

Setelah  mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


Tags / Kata Kunci: Sembilang Asam Tempoyak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan