Nasi Ayam

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 2:30 AM

Nasi Ayam

(Ubah saiz teks)

MENU ini biasanya digemari kanak-kanak kerana ia dihidangkan bersama ayam dan sup, selain nasi yang pasti mengenyangkan sesiapa saja yang menikmatinya.

Walaupun dijual di mana sahaja, pastinya hasil air tangan si ibu tentunya lebih istimewa terutama pada bulan mulia ini. 



Nasi Ayam

3 cawan beras 
basuh beras  dan toskan
2 sudu majerin
(bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai (dititik)
bunga lawang, kayu cengkih, kayu manis, buah pelaga
1 kiub perisa ayam

Caranya:
Panaskan rice cooker, masukkan majerin dan tumis bahan tumbuk hingga perang bersama empat sekawan tadi dan  masukkan serai,  beras dan kacau rata-rata hingga wangi. Seterusnya masukkan kiub ayam dan air secukupnya.

Sup

Bahan:

Tulang ayam (bahan tumbuk)

4 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci halia
1 kiub ayam
daun sup
daun bawang 
bawang goreng

Caranya:
Ayam, bahan tumbuk dan kiub ayam dimasak bersama air hingga mendidih . Bila ayam dah masak, keluarkan ayam dan toskan. Sup tu dimakan bersama nasi ayam dan masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

Ayam

Bahan:

Bahan perap
sos tiram
kicap cair
kicap manis
madu

Lepas perap,  panaskan minyak dan goreng ayam sekejap sahaja sebab ayam dah masak.

Kuah Lada

Bahan:

4-5 lada hidup (merah)
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos
*kisar semua bahan dan dipanaskan untuk tahan lama. Tambah sos cili dan air untuk pekat.

Kuah Kicap

*Baki kuah ayam diperap tadi dicampur dengan sup ayam.  Jika cair tambahkan kicap manis untuk seimbangkan rasanya.

Nasi Ayam tidak lengkap tanpa hirisan tomato, timun dan salad.

Tags / Kata Kunci: Nasi Ayam

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan