Ayam Roll Prata

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 1:00 AM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

ADA kalanya kita hanya mahukan hidangan ringkas yang mudah disediakan sebagai juadah berbuka puasa.

Ringkas dan berkhasiat merupakan dua elemen penting yang perlu diberi perhatian setelah seharian menahan rasa lapar dan dahaga.

Terutama bagi golongan bujang yang sibuk bekerja, hidangan Ayam Roll Prata pastinya tidak mengecewakan waktu berbuka anda.




BAHAN-BAHAN

4 keping hirisan ayam*
3 sudu besar sos prego*
Cili benggala
Sedikit hirisan bawang besar*
Salad
Mayonis / thousand island
Roti prata / tortila segera
Sedikit minyak


CARA MEMBUATNYA

1. Bakar atau masak seketika roti prata / tortila di dalam ketuhar pembakar atau ketuhar gelombang mikro. Ketepikan.
2. Tumiskan bawang dan gorengkan semua bahan bertanda (*).
3. Apabila ayam hampir masak, masukkan cili benggala. Setelah masak, tutupkan api.
4. Ambil roti prata / tortila tadi. Letakkan daun salad ditengah-tengah.
5. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi bersama mayonis dan thousand island di atas salad.
6. Gulungkan dan sedia untuk dimakan.

Tips:

Boleh ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran yang sesuai mengikut citarasa masing-masing.
Tags / Kata Kunci: Ramadan , Ayam Roll Prata

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan