Grumpy Cyclist: Lain Dari Yang Lain

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 11:57 AM

Selain daripada aroma kopi yang menarik, anda juga dibenarkan membawa basikal ke dalam kedai. Ia dibenarkan di kedai ini.

(Ubah saiz teks)

THE Grumpy Cyclist bukanlah sebuah restoran biasa. Menurut pengasas The Grumpy Cyclist, Alex Iskandar Liew, inspirasi untuk membuka kafe ini tercetus sejak tempatnya menjadi medan lepak bagi komuniti pelumba basikal.

"Kami membuka restoran ini untuk penduduk di Taman Tun Dr Ismail (di Kuala Lumpur) dan komuniti masyarakat berbasikal," kata Liew. 

Restoran ini juga bukan sekadar medan lepak bagi pelumba basikal, malah bagi mereka yang gemar berjogging di sekitar Bukit Kiara serta pelanggan yang menggemari kopi, pencuci mulut serta kek. 

grumpy ride on
Suasana The Grumpy Cyclist yang santai menjadi medan lepak yang sesuai untuk rakan dan keluarga.
Majoriti pekerja di The Grumpy Cyclist adalah peminat sukan berbasikal, mereka menjadikan restoran tersebut sebagi medan bertukar pendapat dan berkongsi tips terutamanya setiap hari Khamis pada pukul 8.30 malam dan peminat baru dialu-alukan menyertai kumpulan berkenaan. 

Apa yang menariknya, anda tidak perlu bimbang dengan rasa tidak selesa badan apabila boleh mandi di sini. 

"Jika anda mahu mandi, silakan! Anda tidak perlu menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan berbasikal untuk menggunakan bilik mandi di sini. Kami memberi kelonggaran kepada setiap pelanggan," kata Liew. 

Selain daripada elemen basikal yang terdapat di restoran ini, matlamat utama pemilik restoran ini adalah menyediakan, kopi pada harga yang berpatutan antara RM5 hingga RM13. 

Ketua kumpulan berbasikal Barista, Ryan Moon, 20 berkata, kelainan kopi yang terdapat di kedai ini terletak kepada keistimewaan aroma biji kopinya yang berbeza dan menarik. 

Dalam penyediaan makanannya pula, terdapat pelbagai menu yang disediakan bermula daripada sajian sarapan seperti set, pancake, spageti, ayam berempah, bakon daging yang dibungkus yang berharga antara RM12 hingga RM20. 

Restoran ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga 8.30 malam sementara pada hujung minggu hingga pukul 4 petang hingga 4.30 petang. 

Anda sudah pasti tidak akan melupakan peluang untuk mencuba pencuci mulut yang terdapat di restoran ini, dengan harga yang cukup berpatutan iaitu RM8 hingga RM10. Antaranya pilihan pencuci mulut yang popular ialah, kek Red Velvet, Rouge

Untuk maklumat lanjut mengenai The Grumpy Cyclist, anda boleh melayari laman web, thegrumpycyclist.com. 

Tags / Kata Kunci: The Grumpy Cyclist

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan